Buat sesuatu pasti ada baik dan buruknya, berhati-hatilah

takut-risiko

Bila kita dalam bidang perniagaan ini, nak tak nak kita kena terima yang setiap perkara yang kita buat itu akan ada baik dan buruknya. Ada pro dan kontranya.

Ada untung dan ruginya. Ini kita memang tak boleh nak lari. Nak tak nak kita kena terima dua-dua sekali. Cuma paling penting macam mana kita nak terima banyak kebaikan dan minimumkan akibat yang tak baik itu.

sentiasa yakin dengan apa saja tindakan yang kita nak buat

Jangan pernah berhenti belajar

Perkara paling penting ialah dengan ilmu. Apa pun kita nak buat kena ada ilmu. Jangan malu bertanya dengan orang yang lebih pandai dan lebih pengalaman daripada kita.

Sebab mereka dah tentu pernah lalui apa yang kita lalui sekarang ini juga. Pandangan mereka boleh kita jadikan penunjuk arah laluan mana yang kita sendiri pilih nanti.

sentiasa nampak peluang di setiap ruang

Membazir tenaga takutkan hal yang belum jadi

Cuma jangan sampai kita terlampau takutkan dengan risiko yang kita belum jumpa lagi buatkan kita jadi taknak buat apa-apa. Itu pun tak bagus juga. Lebih kepada membazir tenaga.

Sedangkan kita tak buat apa-apa pun lagi. Pergi sajalah, berdepan dengan apa yang kita bakal jumpa nanti. Setiap apa yang berlaku, tak kisah lah baik ataupun buruk, itulah yang akan jadi pengalaman untuk kita nanti.

semua yang terjadi atas keizinan Yang Maha Esa

Tawakal hanya kepadaNya

Apa-apa pun sentiasa lah berpijak di bumi yang nyata. Ada masa kita akan berada di atas dan ada masa kita akan berada di bawah. Saya sentiasa ingat pesan cikgu perniagaan saya.

Takkan ada sesuatu perkara pun yang jadi sia-sia. Kita kena berserah diri sepenuhnya pada ALLAH SWT. Mintalah rahmat dan petunjuk daripada Nya. Moga kehidupan kita atas muka bumi ini dipermudahkan.

Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge