• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Sabrijati

  • Home
  • AKU SABRIJATI
  • ARKIB ARTIKEL
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Uncategorized / BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG

BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG

28 May 2019 by sabrijati 2 Comments

Makan sampai lebam. Aku memang tak sangka sebenarnya memang betul-betul ada kedai yang menjual durian secara bufet ini. Apa yang pernah aku dengar dan orang lain pernah tularkan biasanya makan durian secara bufet ini cuma mahu menarik perhatian supaya ramai pelanggan datang ke kedai.

Bila sudah sampai di kedai durian tersebut semua sudah habis dimakan disebabkan durian yang diperuntukkan sedikit dan tinggal durian gred yang perlu ditimbang sahaja. Faham-faham sahaja lah bila sudah ditimbang tentulah mahal. Sebiji durian boleh mencecah harga tiga puluh ringgit hingga ada yang beratus-ratus ringgit.

LONGGOKAN BUAH DURIAN YANG BANYAK

Hati terasa nak makan durian sangat. Haritu lagi memang ada bercadang nak pergi Jalan Raja Alang nak membeli sebiji dua buat melepaskan gian. Tak sangka rupanya kawan-kawan aku yang lain memang dah rancang nak makan durian tapi yang paling istimewa sekali ialah boleh makan sepuas-puasnya hanya dengan sekali bayaran sahaja.

Lokasi kedai bufet durian ini terletak di SS2. Bila kami sampai memang banyak sungguh durian yang sedia menanti untuk dijamah oleh para pelanggan. Aku begitu teruja bila melihat deretan durian yang bersusun di atas para. Ada durian gred juga yang boleh dibeli secara timbang kilo dan ada bahagian yang boleh makan secara bufet.

HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN

Paling memeranjatkan aku ialah harga satu kepala yang dikenakan hanyalah 28 ringgit sahaja. Ini memang langsung tidak masuk akal. Bayangkan dengan hanya membuat bayaran 28 ringgit itu kami boleh makan berpuluh-puluh biji durian tanpa ada perasaan bersalah. Makan selagi mana larat cuma syarat yang dikenakan ialah kami tak dibenarkan bungkus bawa balik ke rumah.

Boleh dikatakan hampir 30 biji durian telah kami habiskan. Durian yang dihidangkan juga semuanya sedap-sedap belaka dan kalau tak sedap kami pulangkan terus sahaja durian itu dan minta pekerja buka kan yang baru. Nampak tak betapa seronoknya makan dekat sini. Tak sedap bagi balik, ambil yang lain pula. Betul-betul berbaloi.

RUGI KALAU TAK CUBA

Siapa yang memang kaki makan durian tu dan kalau nak cuba ketahanan badan berapa biji boleh makan cubalah datang ke sini. Aku pasti semua yang datang mesti akan berpuas hati dan pulang dengan senyuman. Siapa yang makan dekat sini tapi tak puas juga memang aku tak tahu nak kata apa lah.

Jadi ada yang bercadang nak makan durian memang disarankan datang ke sini. Senang sahaja nak jumpa boleh guna aplikasi Waze dan taip durian SS2 mesti sampai. Di sarankan sebelum datang tu pastikan perut bukan dalam keadaan kenyang takut nanti makan tak puas pula. Enjoy dan jangan lupa ajak aku sekali ya kalau nak pergi. Hehe.

Artikel menarik untuk anda:

FOOD VALET TEMPAT LEPAK TERBAIK DI BANGI

FOOD VALET TEMPAT LEPAK TERBAIK DI BANGI

Lepas balik dari pejabat tadi, rasa nak lepak minum air dengan kawan. Nak hilangkan dahaga dan ambil udara segar lepas seharian bertungkus…... Baca selanjutnya »

GIOLA BARBERSHOP KEDAI GUNTING TERBAIK

GIOLA BARBERSHOP KEDAI GUNTING TERBAIK

Hari ini kita bawa abang Danish potong rambut. Tahun ini raya dekat Sabah. Rambut nak kena pendek sebab cuaca Sandakan biasanya agak…... Baca selanjutnya »

MEMBAZIR ITU MERUGIKAN

MEMBAZIR ITU MERUGIKAN

Rambang mata betul bila pergi ke Bazar Ramadhan. Macam-macam juadah berbuka puasa yang mahu dibeli. Maklum sangat bila perut sedang menahan lapar…... Baca selanjutnya »

MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN

MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN

Tekak terasa nak makan makanan Korea pula hari ini. Jadi aku dan isteri mula berfikir nak makan di mana ya. Tujuan asal…... Baca selanjutnya »

RIDE BUKA PUASA BAGAN LALANG

RIDE BUKA PUASA BAGAN LALANG

Hari ni macam biasa lepak dekat pejabat sambil follow up prospek. Sambil-sambil belek database tiba-tiba terdengar salah seorang daripada kami ajak makan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « CARA PELIK MAKAN SNACK PLATE KFC
Next Post: BETUL DAH SEDIA NAK KAHWIN »

Reader Interactions

Comments

  1. Kerja Sendiri

    25 July 2019 at 1:15 pm

    Wow.. Memang wow gitu.. Puas kalau makan durian buffet ni. Asalkan dapat makan yang sedap-sedap punya.
    Kerja Sendiri recently posted…Mahalnya Dekoder AstroMy Profile

    Reply
    • sabrijati

      18 November 2019 at 10:50 pm

      betultu bang. selagi boleh makan, kita makan hihihi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • MENERIMA KETIKA MANA YAKIN DENGAN MEMBERI
  • PERGI TIDAK DIMINTA, HADIR TIDAK DIDUGA
  • REALITI MELAWAN FANTASI
  • HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
  • MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Recent Comments

  • sabrijati on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Juhaini on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Kerja Sendiri on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on MANA ANAK AKU

Archives

  • November 2019
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Uncategorized

Copyright © 2019 Sabrijati on the Foodie Pro Theme