BUKA PUASA BERJEMAAH

Bersedia-hendak-berbuka

Hari ini kami berbuka puasa di rumah pengurus kami HM Syima dan Asyraf. Sudah berapa kali dah sebenarnya rancang nak berbuka sama-sama tapi asyik tak jadi. Nak kumpul sekali ramai-ramai dalam satu masa tu memang susah. Masing-masing ada saja aktiviti luar dan kekangan masa masing-masing.

Ada yang nak balik kampung disebabkan cuti umum lebih kurang dalam 5 hari. Jadi nak tak nak memang plan terus buat sebelum semua dah keluar dari Lembah Klang. Lagi pun lepas ini ada banyak aktiviti berbuka puasa lagi yang perlu kami semua hadiri. Jadi jadual tu memang dah penuh.

MASAKAN ALA KAMPUNG

Juadah berbuka puasa kami kali ini ialah masakan kampung. Jadi, bila nak makan pun memang kena bersila lah. Sebelum-sebelum ni bila plan makan dekat rumah HM Syima memang semuanya bbq sahaja. Tapi kali ini lain daripada yang lain. Sebenarnya bila makan masakan kampung ni lagi puas sebenarnya.

Sebab memang kena dengan tekak dan selera orang melayu. Ada pelbagai lauk pauk yang pengurus kami sediakan. Ada udang sambal petai, ikan keli masak cili, ayam masak merah, ayam goreng, kuih muih dan macam-macam lagilah. Semuanya memang sedap-sedap belaka. Tak pernah rasa masakan sesedap ini.

LEBIH AFDHAL

Bila dah selesai berbuka, kami pun solat Maghrib berjemaah. Biasa kalau kat rumah ini memang selalunya solat secara berseorangan je dalam bilik. Suasana rasa lain pula bila dapat berkumpul di halaman rumah. Dapat rasakan satu ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sekarang baru faham kenapa disarankan supaya solat lima waktu itu lebih afdhal bila dilakukan secara beramai-ramai. Ianya akan memberikan lebih kekusyukan dalam solat. Sebab itulah Nabi Muhammad SAW bersabda solat secara berjemaah itu lebih baik daripada solat secara bersendiri dengan pahala dilipat gandakan hingga 27 darajat.

SEMOGA MURAH REZEKI SELALU

Terima kasih HM Syima dan boss Asyraf sudi menjemput kami semua ke teratak mahligai dan menjamu selera berbuka puasa kali ini. Dapat dirasakan ukhuwah yang terbina lebih utuh dan lebih rapat bila selalu adakan aktiviti secara bersama-sama. Bila bekerja kita buat betul-betul dan bila beraktiviti kita saling menyokong antara satu sama lain.

Didoakan semoga pasangan sinergi bahagia pengurus kami ini dimurahkan rezeki selalu dalam membantu lebih ramai lagi orang diluar sana meningkatkan taraf hidup seperti yang telah kami lalui. Secara peribadi memang diakui hidup kini terasa lebih positif dan lebih memikirkan tentang masa depan daripada sebelum ini yang hanya merenung nasib tanpa ada apa-apa tindakan.

Semoga kita semua beroleh kejayaan yang lebih cemerlang bersama-sama. Amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge