Bukan kau seorang yang bermasalah

setiap-orang-ada-masalah-masing-masing

Entahlah. Kadang sebenarnya niat kita cuma nak tolong je tapi tak tau kenapa ada orang nak salah anggap. Pertolongan tu pun takdelah nak mengharapkan apa-apa balasan. Boleh buat orang yang dibantu tu rasa gembira, itupun dah lebih daripada sekadar cukup. Bukan senang sebenarnya bila seseorang tu sudi nak menghulurkan bantuan untuk selesaikan masalah orang lain. Tapi atas sebab tanggung jawab sebagai seorang manusia, semua tu tolak ke tepi.

Bukannya orang yang nak membantu tu takde masalah langsung dalam hidup dia. Mungkin masalah yang dia tengah hadap sekarang ini lagi besar daripada masalah orang yang dibantu tu. Walaupun macam tu, semua tu dia tak hiraukan langsung. Kepercayaan dan kebergantungan terhadap Ilahi itu lebih tinggi. Menyerahkan jiwa dan raga hanya pada Tuhan Yang Satu.

Kesusahan yang belum pernah dialami dalam hidup

Percayalah cakap aku. Dalam hidup ini semua orang ada masalah. Takde orang yang takde masalah. Kalau orang tu takde masalah maknanya dia tak normal lah tu. Happy go lucky semacam je kan. Dah tentu orang kurang siuman. Ada yang rasa masalah dia ibarat macam dunia nak kiamat dah. Padahal masalah dia takde lah teruk mana pun kalau nak dibandingkan dengan masalah orang lain yang lagi teruk.

Tapi sebenarnya orang tu memang betul-betul tengah hadapi masalah yang besar dalam hidup dia. Mungkin kesusahan yang dia tengah alami tu bukannya perkara yang pernah dia hadap sebelum ini. Jadi untuk dia selesaikan hal yang terjadi kat diri dia tu memang tak senang sebenarnya. Mungkin ramai yang akan ketawakan, mungkin ramai yang akan ejek, mungkin ramai yang akan hina. Suka hati korang lah nak buat apa.

Tanya dalam diri, sejauh mana impian mahu dicapai

Bila jadi masalah dalam hidup, tak perlu sampai masalah tu jadi terlampau teruk baru nak berubah ke jalan yang sebenar balik. Cukup sampai satu tahap tu diri sendiri rasa seolah-olah macam seorang manusia yang tak berguna. Itupun dah sepatutnya buat diri kita cepat-cepat nak berubah. Andai kata dah ditimpa macam-macam dugaan pun masih duduk rileks tang tu lagi, cuba check balik dalam diri.

Sebenarnya mungkin diri sendiri tengah alami masalah jiwa. Masalah jiwa ini memang ubat dia bukan kena makan ubat tablet ke ubat sirap ke. Masalah jiwa ini kena bawa muhasabah balik. Apa sebenarnya tujuan hidup di atas muka bumi ni. Apa yang mahu dicapai dalam kemajuan hidup sendiri. Andai kata hidup hanya sekadar hidup, binatang dalam hutan pun sebenarnya hidup. Mungkin dengar macam kasar, tapi tanya lah diri sendiri balik. Apa sebenarnya yang dimahukan dalam hidup.

Berpesan-pesan pada kebenaran

Andai sekarang ini Allah SWT sedang bagi kesempatan untuk ubah kehidupan jadi lebih baik, pergunakan peluang yang dah diberi tu elok-elok. Mungkin sekarang ni berfikiran yang peluang tu boleh je dapat bila-bila masa. Tapi percayalah, nikmat kesenangan itu mesti akan lalui fasa kesusahan nya. Andai sekarang di waktu senang ini pun bila diuji masih lagi lalai, macam mana nak bersyukur saat di uji dengan kesempitan dan kekurangan nanti.

Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang beriman dan orang-orang yang sentiasa berpesan-pesan pada kebaikan. Takde seorang pun atas muka bumi ini yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW. Sentiasa bersyukur dikala pemberian yang dimahu diterima dan tetap bersyukur dengan segala perancangan yang masih belum tercapai. Percayalah, perancangan dari Allah SWT itu adalah yang sebaik-baiknya. Yakin dan usaha, semoga dipermudahkan semuanya.

Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge