Hari ini ramai warga kota masih bercuti di kampung halaman. Aku sendiri pun masih dalam mood bercuti lagi. Jadi tak tahu nak kemana, alang-alang dah keluar rumah terus menuju ke bandar. Kononya nak cuci-cuci mata manalah tahu ada barang yang berkenan, bolehlah sambar mana yang cantik dan menarik.
Laju je tunggang motosikal sebab jalan lengang dan kereta pun tak banyak. Terus menuju ke plaza Low Yatt. Rasanya dah lama tak datang sini. Disebabkan dah banyak pusat beli belah baru yang dibuka dan kalau nak datang dari rumah pun boleh tahan jauh. Biasanya kalau jalan-jalan, area Putrajaya, Puchong dengan Bandar Sunway.
ZAMAN BARU MENINGKAT REMAJA
Banyak yang dah berubah bila lama tak datang. Suasana pun dah jadi lain tak macam dulu-dulu. Umur dah meningkat dewasa ini, perasaan teruja tu tak sama macam masa zaman budak-budak. Ingat lagi, bila kata nak pergi Bukit Bintang je, akulah yang paling bersemangat dan jadi tak keruan.
Mana taknya, waktu tu dunia terasa luas dan rasa macam banyak benda yang nak diteroka. Zaman tu tak fikirkan sangat pasal orang lain. Baru nak meningkat remaja, memang seronok lepak dengan kawan-kawan sebaya. Ingat lagi ada yang jadi skin head, ada yang jadi hip-hop, geng gothic emo, punk, grunge dan macam-macam lagilah.
BERKUMPUL BERAMAI-RAMAI HUJUNG MINGGU
Rasa macam kamilah yang menguasai kawasan bandar. Memang kelakar betul bila ingat-ingat balik. Geng-geng lepak dekat belakang times square dengan baju bersayap , ada yang duduk bawah monorail bukit bintang ramai-ramai, ada yang breakdance dan juga bermain skate board di tepi jalan.
Semua tu tinggal kenangan yang takkan dapat diulang semula. Walaupun masa tu agak sedikit nakal, tapi tak lah sampai menganggu orang awam yang berada dekat kawasan sekitar. Kumpulan kami hanya buat hal sendiri. Sibuk dengan pelbagai aktiviti yang kami sendiri dah rancangkan sebelum keluar rumah lagi.
SECEBIS CERITA UNTUK DIKENANG
Tu semua cerita 15 tahun lepas. Rasanya zaman 2019 ini dah kurang dah yang datang lepak Bukit Bintang ini. Memang tak dinafikan perubahan mendadak yang berlaku, dan banyak kawasan baru telah diteroka menjadikan warga kota lebih banyak pilihan untuk menghabiskan cuti mengisi masa terluang berjalan-jalan bersama keluarga tercinta.
Namun bagi sesiapa yang sezaman dan sebaya dengan aku, walaupun sekarang ini kebanyakannya dah jadi bapa orang, mesti kalian akan terasa rindu bila teringatkam balik kenangan zaman lama. Pasti ada juga yang pernah bercinta dan sekarang dah pun selamat bergelar suami dan isteri. Ada masa datang lah semula kesini, mesti memori lama akan terkenang kembali saat di lamun asmara dulu-dulu. Cewah, tak payah nak tipu lah ye. Hehe.
Artikel menarik untuk anda:
OKAYLAH AKU MOVE ON
Aku nikmati aiskrim sundaae coklat dengan penuh nikmat sekali. Lama dah tak pekena aiskrim ni. Sejak aku berpisah dengan teman wanita ku…... Baca selanjutnya »
KENANGAN DI PUDU RAYA
Lama tak menjejakkan kaki ke Puduraya. Semalam ada urusan tentang perumahan yang harus diselesaikan. Aku perlu ke Jabatan Pendaftaran Negara atas beberapa…... Baca selanjutnya »
KEDAI BUKU YANG PELIK
Aku belek satu persatu buku yang ada di kedai ini. Menakjubkan! Tidak pernah aku bayangkan ada kedai buku sebegini ajaib. Hampir setiap…... Baca selanjutnya »
TIPS MEMILIH PAKAIAN TERPAKAI (BUNDLE)
“Alamak, esok pagi ada meeting lah. Baju kemeja putih time ni pulak boleh hilang. Sekarang dah pukul 10 malam. Mana nak…... Baca selanjutnya »
CARA PELIK MAKAN SNACK PLATE KFC
Sabri teka mesti ramai dekat luar sana yang suka makan ayam goreng Kentucky Fried Chicken ataupun biasa kita panggil KFC. Sabri juga…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions