Cara atasi pergaduhan antara suami isteri

bincang-baik-baik

Kan dah terlepas cakap. Apa nak buat sekarang ini? Tak pasal-pasal isteri dah merajuk. Itulah, lain kali sebelum nak cakap apa-apa itu, fikir dulu kesan dia. Jangan main sembur je. Tahulah hati tengah panas kan? Kita ini suami mesti ada benda yang kita nak tegakkan juga. Betul tak?

Tapi sebenarnya bila kita berlawan cakap dengan isteri, tak bagi apa-apa faedah pun. End up masing-masing tarik muka tak puas hati. Sampai bila-bila pun masalah takkan selesai. Lagi teruk bila emosi dah jadi tak stabil. Dua-dua pula kepala angin. Memang bertembung lah cerita dia.

pertengkaran takkan selesaikan apa-apa

Bila marah, tindakan jadi hilang kawalan

Kuali, pinggan mangkuk, sudu, cawan kaca semua terbang. Pecah ke lantai semua. Bila dah tak tahan ada yang sampai toreh tangan sendiri dengan pisau. Tak boleh macam ini. Kita dalam Islam memang tak diajar pun untuk bertindak dan buat apa-apa waktu tengah marah.

Bila kaki tangan dah naik, masa itu lah puncak semua masalah jadi. Masa ini memang dah tak ingat apa dah. Kalau dapat tumbuk muka suami ataupun isteri itu memang lega lah rasa. Tak boleh, tak boleh. Jangan buat macam ini. Kita suami isteri tak boleh buat macam ini apa keadaan sekalipun.

masing-masing mesti belajar tenangkan diri

Kesabaran manusia sentiasa akan teruji

Sepatutnya kita sebagai manusia yang dah dibagi akal sempurna ini, kena tau fikir mana yang baik dan buruk, kena tau beza apa yang boleh ataupun tak boleh buat. Ingat betul-betul okay? PERGADUHAN TAKKAN SELESAIKAN APA-APA MASALAH. Boleh faham? Takkan selesai.

Semua itu akan buatkan perkara jadi lagi tambah teruk. Ada banyak benda yang pasangan perlu segera buat bila jadi satu-satu pertikaian yang tak disangka-sangka. Masa ini keimanan dengan kesabaran memang teruji. Sebab itu ilmu agama kita kena sentiasa upgrade dan amalkan dalam kehidupan.

komunikasi penting dalam satu-satu penyelesaian masalah

Langkah-langkah bertenang

Mula-mula kena berhenti dulu daripada bercakap. Kalau kata bermula dengan lisan, terus stop. Jangan di lawan lagi. Suami kena mainkan peranan penting time ini. Pergi bilik air ambil wudhu, masuk bilik dan baring. Jangan cakap apa-apa lagi dah. Kalau terus nak berlawan memang takkan selesai.

Biar isteri dah sejuk, perasaan dan emosi dia dah tenang, baru bawa bercakap dan berbincang balik. Kalau kata belum okay lagi, then jangan buat apa-apa dulu. Bila emosi dah betul-betul stabil baru kita boleh bertindak dan berfikir secara rasional. Barulah tak terlepas cakap.

peranan penting tanggungjawab seorang suami

Fokus pada jalan penyelesaian

Suami kena ambil tanggungjawab setiap apa saja yang berlaku. Tak kisah lah berpunca daripda siapa dulu, kita lelaki mesti kena berdepan dan terima kita yang menyebabkan pertikaian itu terjadi. Buang ego, minta maaf dengan isteri tanpa mengharapkan isteri minta maaf balik.

Percayalah, perempuan ini bila dia dah cool down dan dah tenang, dia boleh berfikir dengan baik dan dia sendiri yang akan akui kesilapan itu nanti andai kata betul berpunca daripada dia. So, suami, kena pandai handle apa saja situasi yang terjadi dalam hubungan kalian berdua.

Jangan pula suami yang emosi lebih.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge