Cara mengawal perasaan marah dalam diri

belajar-kawal-marah-1

Rasa susah tak kadang-kadang nak kawal perasaan marah? Kita ini manusia biasa. Mesti ada satu timing tu buat apa je rasa tak kena. Buat ini tak kena, buat tu tak kena.

Bila jadi macam ini memang rasa nak mengamuk je lah kerja. Hati asyik jadi panas je tak tentu hala. Bila jadi perkara kecil pun nak di besar-besarkan. Selagi tak meletup selagi tu tak sah.

Bahaya bila tak pandai kawal

Bahaya tak bila selalu ada perasaan nak mengamuk tak tentu pasal ini? Bahaya gila. Jangan buat main. Sebab apa? Sebab bila manusia dalam perasaan marah.

Orang tu senang dipengaruhi dengan apa saja perkara ataupun tindakan yang tak pernah terfikir nak dibuat sebelum ini. Sebab emosi dalam keadaan tak stabil.

Anak tak tahu apa-apa

Itu yang kalau anak buat salah sikit, pergi penyepaknya budak kecil tu. Kalau kata isteri berleter sikit, rasa nak pergi tutup je mulut dengan salotape tu biar tak dapat bercakap.

Boleh terima tak perlakuan macam ini? Tak boleh terima. Ni dah kira menzalimi keluarga sendiri. Kalau kata melawan cakap mak dan ayah, itu dah jatuh jadi anak derhaka tau.

Dekatkan diri dengan agama setiap hari

Banyakkan istighfar bila tau diri tengah marah. Andai kata tengah berdiri, carilah kerusi untuk duduk. Andai marah dalam keadaan duduk, cuba pergi ambil wudhu.

Insha Allah amalkan perkara ini, sifat marah tu akan berkurangan atau setidaknya dah boleh kawal. Pergi lah selalu ke majlis agama dan solat jemaah kat surau terdekat.

Dengan mengingati Allah, hati akan lebih tenang.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge