Pencemaran udara dalam rumah ini memang selalu berlaku tak kira dekat bahagian mana kita tinggal sekalipun. Lebih-lebih lagi yang tinggal kat kawasan bandar. Mungkin kita rasakan perkara ini macam tak perlu nak diambil kisahkan sangat.
Percayalah, kemungkinan kita akan sedar tentang masalah ini bila ada salah seorang ahli keluarga kita yang jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital. Mungkin masa itu dah terlambat untuk bertindak.
Jangan risau, kali ini aku kongsikan tips mudah macam mana nak pastikan udara dalam rumah sentiasa bersih.
Sentiasa servis pendingin hawa secara berkala
Pertama sekali kalau kita ada menggunakan pendingin hawa, apa yang perlu kita buat ialah sentiasa pastikan ianya diselenggara mengikut jadual. Bila kita jarang servis aircond dekat rumah kita, filter yang ada dalam tu boleh jadi tempat habuk berkumpul.
Lama-kelaman habuk yang terlampau banyak boleh menyebabkan filter yang ada dalam itu tersumbat dan boleh menyebabkan udara dingin yang keluar daripada liang pendingin hawa itu lebih kotor dan dipenuhi dengan bakteria yang tidak nampak.
Elakkan memanas enjin kenderaan di bahagian garaj
Kedua, kalau kita tinggal rumah teres, cuba elak panaskan enjin di bahagian garaj rumah. Ini selalunya kebiasaan yang kita tak boleh nak elak. Dalam masa yang sama kita tak sedar sebenarnya boleh bagi mudarat dekat kesihatan keluarga.
Asap yang dihasilkan daripada ekzos kereta memang kita dah tau sangat bahaya kalau masuk dalam sistem pernafasan kita. Andai lama-kelamaan dibiarkan tentu pencemaran daripada asap ini boleh membahayakan paru-paru dan boleh buatkan kita sakit.
Wujudkan kawasan larangan merokok
Ketiga, sekiranya ada ahli keluarga kita yang merupakan seorang perokok pastikan mereka ini tidak merokok sesuka hati lebih-lebih lagi yang ada anak kecil. Asap rokok lebih berbahaya sekiranya dihidu oleh lain yang menjadikan mereka sebagai perokok pasif.
Tak keterlaluan pun sekiranya anda wujudkan larangan merokok di dalam dan juga di kawasan sekitar rumah. Kesihatan ahli keluarga yang ada dalam rumah lebih penting. Ianya tidak boleh dijual beli mahupun diganti dengan harta benda dan kebendaan.
Sentiasa jadikan amalan dalam hidup
Ini tiga langkah yang aku kongsikan supaya udara dalam rumah kita lebih terjamin kebersihannya. Apabila udara dalam rumah bersih, bermakna kesedaran tentang bahaya penyakit yang boleh tersebar melalui udara ini lebih tinggi.
Menjaga dan mengamalkan gaya hidup sihat itu sememangnya menjadi tanggung jawab dan rutin harian yang disarankan dalam agama. Bukan je menjadikan kita seorang manusia yang baik, ianya juga menggambarkan peribadi mulia seseorang itu.
Artikel menarik untuk anda:
Tips kurangkan bau masakan dalam rumah
Rumah aku ini jenis apartment. Rumah yang sederhana besar, lebih kurang 900 kaki persegi macam itulah. Bila rumah jenis pangsapuri ini faham-faham…... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa rumah cepat berhabuk
Masalah habuk ini memang boleh buat kita yang duduk dalam rumah ni cepat rasa tak selesa. Kena pula bila kita boleh perasan…... Baca selanjutnya »
3 CARA PASTIKAN MOTIVASI DIRI SENTIASA TINGGI
Terus terang aku cakap yang aku ini memang cepat down. Pantang kalau kena rejection daripada prospek terus aku rasa moody. Masa itu…... Baca selanjutnya »
3 cara kurangkan habuk dalam rumah
Masalah rumah berhabuk ini memang tak boleh nak elak. Macam aku sendiri yang tinggal kat bandar daripada kecil lagi, memang dah selalu…... Baca selanjutnya »
3 cara hapuskan habuk dalam rumah
Masalah habuk dalam rumah ini kalau tak dibendung memang makin menjadi-jadi. Kat mana-mana pun nanti boleh nampak habuk ini melekat. Kadang kat…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions