CARA PELIK MAKAN SNACK PLATE KFC

Snack-plate

Sabri teka mesti ramai dekat luar sana yang suka makan ayam goreng Kentucky Fried Chicken ataupun biasa kita panggil KFC. Sabri juga salah seorang peminat setia ayam goreng ini. Sejak daripada kecil lagi mama papa bawa kami adik beradik makan. Masa tu selalu pergi KFC di Jalan Raja Laut sebab dekat dengan tempat papa berniaga.

Hari ini Sabri bukan nak ceritakan tentang sejarah penubuhan KFC pada tahun 1930 di North Corbin, Kentucky atau apakah resipi magis yang terkandung dalam ayam goreng yang telah dicampur dengan 11 herba dan resipi rahsia itu. Sabri nak berkongsi cara Sabri sendiri waktu makan set ayam goreng Snack Plate.

Kredit gambar abang Afif Salamy

KOMBINASI TERBAIK

Snack Plate biasanya ada dua ketul ayam goreng. Boleh pilih sama ada nak yang pedas atau yang biasa. Selalu Sabri pilih pedas sebab rangup dan sedap di kunyah. Set ini juga termasuk air berkarbonat dan tambahan 40 sen akan dapat cawan besar. Ada seketul roti ban, kentang putar dan juga coleslaw.

Kombinasi yang ditawarkan ini memang menarik dan kemas serta boleh mengenyangkan Sabri tapi yang Sabri perasan bila makan mesti ada yang tinggalkan salah satu daripada menu yang ada. Sabri pun dulu macam tu juga, memang susah nak makan coleslaw tu sebab memang sejenis yang tak suka makan sayur.

Gaul sampai sebati

LAIN DARIPADA LAIN

Jadi ada satu hari tu kawan Sabri, nama dia Hafez ataupun kami kawan-kawan panggil dia Superman ajar Sabri cara pelik tapi sedap nak habiskan snack plate ini. Dia beritahu, sebelum nak makan tu, campurkan kentang putar dan coleslaw tadi dengan sos dan gaulkan sampai sebati. Lepastu baru makan dengan ayam goreng itu terus.

Mulanya Sabri tengok macam tak selera nak makan sebab dah bergaul-gaul bagai tapi bila Sabri sendiri masa pertama kali cuba dekat KFC Bukit Bintang cara pelik ini, betul tak tipu memang sedap sungguh dan kepuasan tu sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Terasa kenikmatan sehingga licin pinggan Sabri makan.

Rasakan kenikmatannya

KENANGAN SEPANJANG HAYAT

Siapa yang memang suka makan ayam goreng, bolehlah cuba cara pelik makan Snack Plate yang Sabri cadangkan ini. Sabri berani jamin siapa yang cuba mesti akan berpuas hati dan akan teringat-ingat nak datang balik lagi sekali ke KFC. Paling tidak pun satu-satu masa bila teringat ayam goreng mesti pergi KFC tak pergi ke restoran makanan segera yang lain.

Setakat ini, walaupun kebanyakan restoran makanan segera ada jual ayam goreng, bagi Sabri KFC memang takkan ditelan zaman disebabkan rasa ayam goreng itu sendiri. Paling tak boleh dilupakan mestilah kenangan waktu kecil bila nak makan ayam goreng mesti cari KFC dan bila dah berkeluarga ini giliran Sabri pula bawa anak-anak. Indahnya zaman waktu kecil dulu.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge