Cara uruskan hutang kad kredit

credit-cards-expenses-debit-cards-savings-wallpaper-preview

Bila ada kad kredit ni memang membantu sangat sebenarnya. Lagi-lagi masa kita tengah perlukan duit yang cepat time tu juga. Kalau takde kad kredit memang susah nak pinjam dengan orang.

Cuma bila dah guna kad kredit ni kita kenalah bayar balik nilai yang kita pakai tu on the spot. Barulah kita tak kena interest yang tinggi. Tapi biasalah kadang kita manusia, mesti ada terlajak guna.

Kadang ada masa kecemasan kita tak perasan kita dah over guna. Sampai satu tahap tu tau-tau dah sampai limit dia dah. Contoh macam limit 10 ribu ringgit. Bila dah sampai paras tu tetiba baru kita sedar kita dah over spending. Masa ni rasa apa nak buat?

Mesti kita akan rasa frust kan. Tak tau nak bayar balik macam mana. Rasanya macam jantung ni laju je jalan. Kepala dah berdenyut tak tau macam mana nak bayar balik bila dah over macam ni. Mula-mula kita bila dah jadi situasi macam ni, kita kena bertenang.

Kemudian cuba kita refer dengan bank berapa jumlah minimum yang kita nak kena bayar. Contoh lah minimum kurang-kurang kita kena bayar 500 ringgit. So dalam 20 bulan macam tu lebih kurang baru habis bayar. So kita bayar jumlah yang minimum tu dulu sementara.

Nanti kalau dah ada extra duit dalam seribu, baru bayar seribu pula. Kalau takde, bayar je nilai minimum tu dulu. Its okay takde kena marah pun kalau bayar minimum. Yang penting kita boleh teruskan kelangsungan hidup untuk bayar komitmen lain. Takdelah pening fikir macam mana nak bayar 10 ribu sekaligus.

Lepas tu bila dah tau amount dia tu sebenarnya 500 ringgit je, so takdelah kita rasa berat sangat. Kita usahakan lah cari side income untuk dapatkan lebihan 500 ringgit tu tadi untuk nak bayar hutang kad kredit tu tanpa usik duit pendapatan income tetap kita tu.

So simple je step dia. Yang penting kita kecilkan masalah tu, kalau kita lagi tambah besar-besarkan nanti, lagi lah kita pening. Patut boleh settle jadi tak boleh settle pula balik. Insha ALLAH kalau tak tau macam mana nak dapatkan extra income tu kat mana boleh contact aku.

Insha ALLAH aku bantu usahakan bisnes yang mudah dan aku sendiri boleh guide korang macam mana nak buat. Roger je aku.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge