Cerita dalam kelambu

akui-kesilapan

adat lah bila dalam berumah tangga ini, takkan boleh lari daripada nak kena hadap perselisihan faham ataupun kurang persefahaman. kita semua ini cuma manusia biasa je. takkan lari daripada melakukan kesilapan. sedangkan iman juga boleh naik dan turun. apatah lagi nafsu dan sifat semulajadi yang memang ada dalam diri.

mana mungkin seseorang itu takkan sekali-kali buat salah. kita bukannya maksum, hanya nabi SAW sahaja yang tak pernah buat salah. tapi perkara ini tak boleh juga nak dijadikan alasan kalau kita asyik nak bergaduh je dengan pasangan. tak baik langsung kalau buat macam ini.

kan ke korang dah setuju untuk terima kekurangan masing-masing. tak boleh la pula bila dah berkahwin lepas itu apa sahaja yang pernah korang janjikan dulu tak ditunaikan pula. ingat baik-baik. walau macam mana sekalipun si dia sekarang, orang itulah dulu yang kau gila-gilakan dan kau agung-agungkan.

dulu dah pernah cakap, andai nanti bila dah kahwin, masing-masing lupa tanggung jawab antara satu sama lain, masa itu kena sama-sama ingat dan sedarkan. tak boleh nak tuding jari dan saling tuduh menuduh. macam itu sampai bila pun tak habis, dan masalah tetap tak selesai-selesai.

Jangan jadi keras kepala

paling penting dan mula-mula sekali kena buat ialah dengan mengakui kesilapan masing-masing terlebih dahulu. bila ada masa terluang ataupun tengah santai-santai lepas balik kerja, cuba tanya dengan pasangan masing-masing.

ada tak simpan perasaan yang tak baik ataupun tak puas hati sepanjang menjadi pasangan setidur sebantal ini? cuba-cuba tanya. sambil tengah baring-baring atas tilam itu tu kan. minta si dia luahkan andai kata selama ini ada macam-macam perkara yang tak pernah nak diceritakan pun sebelum ini.

dia sebenarnya bukan lah taknak cerita sangat pun, cuma macam tak diberi peluang untuk berterus terang dan bagitau tentang perkara tersebut. bila tak dibagi peluang, benda itu akan simpan dalam hati. awal tu mungkin tak jadi masalah, tapi bila dah lama-lama dia akan jadi macam satu parasit tau.

takde benda yang spark kan benda itu untuk terbakar, mungkin boleh tahan lagi. tapi kalau dah tak boleh tahan, itu yang gunung api meletup-letup berkobar-kobar tinggi melangit. habis semua hal diungkitkannya balik.

Terima dengan rela hati

bila dan dibagitau tentang sikap atau sifat atau perangai menjengkelkan yang kita dah pernah buat, janganlah pula jadi berlagak dan bodoh sombong. lagi teruk, hal yang dah diberitahu tu taknak diri sendiri terima pula. macam tu sampai kesudah masalah takkan selesai-selesai.

fikir dalam-dalam balik, apa yang aku dah buat selama ini. betul ke setiap perbuatan yang aku dah buat dalam membina perhubungan dan sebuah keluarga yang harmoni yang aku sendiri idam-idamkan selama ini.

mengaku je yang kau dah buat silap. sama ada kau sedar ataupun tak sedar, tu belakang cerita. mana boleh kita nak nampak setiap masa perangai kita ini. lain lah kalau kau bawa cermin kehulu kehilir pulak kan. nak tengok diri sendiri tu betul ke tak, sampai macam tu sekali.

tapi andai kata kalau kau buat macam itu pun, benda ini dia takkan membantu. kau takkan boleh menilai diri kau sendiri sebab kau akan nampak bahagian yang baik yang ada dalam diri kau je. itu dah memang sifat manusia.

Pasangan dari syurga

itu lah gunanya bila ada pasangan yang baik ini. dia akan sentiasa dan cepat nampak perubahan yang berlaku dalam hidup kau. dan dah tentu tugas dia adalah dengan menegur kau sebelum kau terus hanyut dengan nafsu dan ego kau sendiri. pasangan kita ini lah yang akan cepat menarik kita balik ke pangkal jalan.

andai tegurannya secara halus, maka kau kena syukur alhamdulillah. tapi kalau teguran dia memang pedih dan menyakitkan hati, kau kena hadap dan telan lah juga. jangan lah melantun pula.

dia kan tengah nak ubah kau jadi baik balik kalau bukan dia yang tegur, siapa lagi. kawan-kawan mungkin boleh nampak daripada segi luaran sahaja. tapi cerita dalam kelambu ini biarlah korang berdua je yang selesaikan elok-elok. benda ini melibatkan hati dan perasaan. dan dah tentu ianya melibatkan aib korang berdua juga.

aku doakan semoga keluarga kita semua sentiasa dijauhkan daripada anasir-anasir dan perkara yang tidak baik. sentiasa berlapang dada dengan setiap ujian dan banyakkan bermunajat agar hubungan yang terjalin kekal hingga ke jannah. amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge