Cinta pada apa yang diperjuangkan

sukar-menempuh-perjalanan-yang-panjang

Aku pernah satu masa tu kan, tak yakin dengan apa yang aku akan buat. Entah boleh ke entah tak boleh. Masa tu aku rasa macam goyang gila lah nak buat benda itu. Kalau aku tak buat, aku makin sakit lah cerita dia. Kalau nak buat, cuak gila ini. Masa tu duk fikir pasal apa yang orang nak cakap nanti. Apa yang orang akan nilai nanti.

Dalam kepala ni fikir apa yang orang nak cakap je. Padahal yang nak kena menanggung aku sendiri. Life dah rasa makin hari makin sempit. Nak mencuba satu benda yang baru tu pula rasa macam tak yakin boleh buat. Perasaan takut gagal tu kuat sangat padahal tak buat pun lagi. Entah apa yang ditakutkan pun tak tau lah.

Aku kalau buat ini tak jadi habis aku kena kecam. Aku kalau buat ini tak jadi confirm kena gelak dengan orang. Masa tu rasa challenge yang tak pernah rasa dalam hidup. Orang cakap tu lah sebenarnya perasaan waktu nak keluar daripada comfort zone. Zon selesa. Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan diri sendiri ini berada dalam zon selesa ini.

Laluan sukar mula melorongkan cahaya

Kira macam kalau takut-takut nak buat sesuatu yang baru tu, itu dah kira ada dalam zon selesa lah tu. Lebih selesa untuk jadi seorang pemerhati. Tunggu dan lihat. Apa nak jadi jadilah. Kan ke hidup kita ini dah ditakdirkan perjalanan dia? Salah kalau berfikiran macam ini. Sebab tak buat apa-apa sementara tu merenung nasib yang tak sudah-sudah.

Lain cerita dia pula bila aku dah step out dan buat perkara yang baru tu. Mula-mula aku rasa seronok ya amat bila setiap apa yang aku usahakan tu makin lama makin nampak hasil dia. Time ini aku dah lupa dah waktu-waktu susah masa aku mula-mula nak buat tu. Aku dah mula nampak apa yang aku tengah buat tu akan ada hasil yang sangat lumayan di kemudian hari.

Cuma sebelum nak sampai ke puncak kejayaan tu, aku kena sabar sikit lah dengan dugaan dan halangan yang nak kena tempuh. Betul lah kata orang, lagi besar impian yang kita nak capai, makin besar ujian dia yang kita nak hadap. Apa yang aku tengah buat mula dipertikaikan oleh orang yang kenal dan yang tak kenal aku. Even orang yang terdekat dengan aku pun mula menghukum aku tentang perkara yang dorang tak tau.

Menghukum tanpa usul periksa

Aku mula rasa penat dan rasa give up dengan apa yang aku tengah buat. Sedangkan apa yang aku buat ini bukan untuk kepentingan diri aku sendiri, tapi ada perkara yang lagi besar yang aku nak kena hadap. Aku mahu jadi pembuka jalan untuk bantu lagi ramai kawan-kawan aku yang dalam kesusahan.

Tapi takde siapa yang cuba nak faham apa yang aku tengah buat. Semua sibuk menghentam tapi tak pernah nak tanya tentang apa yang aku sedang usahakan. Sampai ke tahap ini aku mula rasa macam aku ini orang yang tak berguna langsung. Sedangkan aku sendiri yakin apa yang aku buat ini akan bantu banyak orang di kemudian hari.

Bukan semua orang mampu nak buat perkara yang orang lain tak nak buat ini. Samalah macam aku. Aku bukannya malaikat. Aku pun manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Mempertikai dan menghentam tanpa usul periksa itu bukan sesuatu perkara yang baik.

Syukur sentiasa diberi kekuatan

Cuma apa yang aku boleh buat? Hanya sabar dan bertahan. Pada masa yang sama aku telah jatuh cinta dengan apa yang aku sedang usahakan sekarang ini. Aku sedaya upaya mahu memberi manfaat dalam kehidupan orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan untuk diri aku sendiri. Aku ada Allah SWT yang sentiasa menilai setiap apa yang aku buat.

Itu je dah buat aku rasa syukur sangat-sangat. Hari demi hari masa berganti masa, ada orang yang dah mula perasan apa yang sedang aku buat. Pada mulanya tak habis-habis menghentam apa saja yang aku lakukan. Cuma mungkin waktu tu Allah SWT nak tunjuk, aku ada satu peluang untuk menjelaskan apa yang selama ini aku tak berpeluang nak buat.

Aku terangkan satu persatu, atas sebab apa aku masih dan sampai sekarang aku teruskan. Mulanya keadaan jadi agak sedikit tegang, namun aku cuba sedaya upaya mahu memberi penerangan tanpa berlakunya sebarang perselisihan faham. Akhirnya barulah faham dan mengerti apa situasi sebenar yang sedang aku hadap.

Hanya mampu berserah dan memohon perlindungan

Mungkin kefahaman daripada sudut luaran itu mula sudah diterima, bagi aku itu sudah lebih daripada sekadar baik. Sekurang-kurangnya aku sudah menjelaskan perkara yang betul dan perkara yang benar. Untuk faham dengan lebih terang, pasti takkan boleh. Melainkan apa yang aku sedang buat tu di usahakan bersama-sama.

Masa itu kefahaman itu akan jadi lebih mendalam lagi sebab turut sama merasai bagaimana perjalanan yang sedang di harungi itu. Aku bersyukur setakat ini Allah permudahkan segala urusan dan lancarkan segala apa yang aku sedang usahakan. Bahkan yang menghukum tanpa usul periksa tempoh hari mula memberikan aku semangat untuk aku meneruskan perjuangan dalam mengharungi perjalanan yang sangat-sangat panjang ini.

Aku tak tau dimanakah penghujung pada setiap apa yang sedang dilakukan ketika ini. Cuma aku mohon perlindungan daripada Allah SWT dan berikan aku kekuatan untuk terus memberi manfaat kepada lebih ramai orang hingga sampai ke akhir hayat aku nanti.

Jauhkan daripada segala bala bencana

Ini bukan semata-mata setakat mahu mendapatkan jualan atau melariskan sesebuah perniagaan, namun aku dapat rasakan ada tanggungjawab yang sangat besar yang harus aku pikul demi meneruskan kehidupan sebagai seorang khalifah di atas muka bumi Allah SWT ini. Kerana setiap apa perbuatan yang dilakukan di dunia pasti dan sangat-sangat pasti akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Kehidupan di ‘sana’ adalah kehidupan yang kekal abadi. Apa yang kita tanam dan kita baja pasti akan dinilai hasilnya di nanti. Andai kata kita tergolong dalam orang-orang yang menerima buku catatan amalan pada tangan kanan, maka beruntung lah ia akan apa yang telah dikerjakan sebelum ini.

Dan andai kata tangan kiri yang dihulur, maka bersedialah dengan balasan dan azab yang sangat keras siksanya lagi ngeri huru haranya. Allahuakbar nauzubillah minzalik. Jauhkan lah kami dan seluruh keluarga serta sahabat handai semua daripada segala kekacauan dan porak peranda yang membinasakan .

Amin ya rabbal alamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge