CSTEAM GRAND IFTAR 2019

KELUARGA-BESAR-CS-TEAM

Kemeriahan suasana berbuka puasa yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi dalam Organisasi CS Team membuatkan aku sangat teruja malam tadi. Bagi aku, ini adalah majlis berbuka puasa paling mewah dan paling gah yang pernah aku hadiri dalam hidup. Lokasi kami bertempat di Dewan Ruscus Forest Valley Hall Bandar Mahkota Cheras.

Kehadiran lebih daripada 1000 orang yang datang bersama keluarga memang di luar jangkaan aku. Hampir seluruh ahli pasukan di bawah naungan GM Lotfi dan GM Saiful Izzam dari seluruh pelusuk Malaysia hadir bagi memeriah dan menghangatkan suasana majlis yang diadakan khas buat kami semua.

SUASANA MEWAH DAN MERIAH

Menelan belanja puluhan ribu ringgit, majlis ini membuatkan aku berasa sangat bersyukur diberi kesempatan untuk berada bersama-sama dalam keluarga besar ini. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan tidak terluah dengan mulut bagaimana hendak aku ceritakan tentang perasaan yang aku alami.

Bertemakan pakaian hari raya, kehadiran tetamu yang segak bergaya dan luar biasa elegan membuatkan majlis ini penuh ceria dan berwarna-warni. Aku juga turut tidak ketinggalan mengenakan pakaian ala bangsa Johor sambil menyarungkan sampin yang kali terakhir aku gunakan 4 tahun lepas sewaktu majlis kenduri kahwin ku dulu. Mujur masih terlipat kemas di dalam simpanan.

HIDANGAN YANG MENYELERAKAN

Paling istimewa adalah dewan ini telah ditempah khas untuk keluarga CS Team sahaja dan ditutup daripada awam hanya semata-mata untuk memberikan keselesaan dan privacy buat kami semua. Sampai begitu sekali kami semua disambut dan diraikan oleh pihak pengurusan tertinggi.

Santapan berbuka puasa kami juga nampak sangat sedap dan menyelerakan. Masakan ala kampung yang disediakan pastinya membuatkan kami tidak sabar hendak makan bersama-sama. Sangkaan ku tepat. Makanan yang dihidangkan betul-betul menepati selera melayu kami. Rasa dan tekstur yang halus menggambarkan bagaimana telitinya tukang masak dalam menyediakan hidangan.

KEJAYAAN HASIL USAHA KERAS

Kehadiran para pengurus dengan jentera mewah kesayangan masing-masing sungguh membuatkan aku sangat terinspirasi. Deretan kenderaan buatan barat mahupun dari negara asia yang lain menggambarkan betapa besarnya peluang kerjaya yang sedang terbentang luas dihadapan mataku yang aku belum teroka.

Tiada apa yang mustahil dalam mencipta kejayaan andai sentiasa tekun dan sabar melalui segala cabaran dan dugaan yang hadir di sepanjang perjalanan. Para pengurus pasukan telah membuktikan yang setiap hasil kerja keras itu pasti akan terbalas andai punya niat yang betul dan semangat melawan yang tidak menyerah kalah.

PASUKAN JUALAN NOMBOR 1

Bertepatan dengan tema “its not about the food, its about us having each other” aku dapat merasakan betapa ukhuwah yang terbina antara kami semua begitu utuh dan akrab. Walau ada diantara kami yang baru sahaja mengenali tak sampai beberapa bulan sahaja, namun itu tidak menjadi penghalang buat kami bersatu padu dan menyokong antara satu sama lain.

Aku doakan semoga CS Team terus menerus melahirkan lebih ramai lagi pejuang kehidupan di luar sana yang sentiasa ingin mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Aku pasti tentu ramai yang masih punya impian yang belum tertunai. Percayalah. Berada didalam sebuah pasukan yang hebat merupakan sebuah anugerah terindah yang Allah hadirkan dalam hidup.

Semoga Allah merahmati kita semua. CS Team! Where champions and leaders are born.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge