“Aku ingin berjaya dalam hidup. Aku ingin mengubah kehidupanku ke arah yang lebih baik.” Semua orang pasti ingin berjaya dalam hidup mereka. Setiap kejayaan yang berlaku tentunya akan membuatkan kita gembira dan bersemangat untuk terus menghadapi hari-hari mendatang.
Kejayaan demi kejayaan tak kira sama ada kecil atau besar perlulah kita raikan. Sebenarnya lebih banyak kita menghargai setiap perkara yang berlaku dalam hidup, lebih bertambahlah perasaan bersyukur kepada setiap pemberian Tuhan.
BUKAN MUDAH
Namun kejayaan itu tidak lah datang dengan sendirinya. Setiap manusia perlulah bersedia untuk melalui segala proses dan rintangan yang ada di depan mata. Kerana sebuah kejayaan itu takkan terhasil dengan hanya kita duduk diam dan terus menunggu. Ianya tidak semudah itu. Bukan semudah itu.
Dugaan dan cabaran yang berlaku setiap hari, kadang kala melemahkan setiap langkah perjalanan. Melihatkan kejayaan-kejayaan yang berlaku disekeliling, menyedarkan yang sebenarnya usaha belum cukup kuat dan tabah seperti yang dihadapi oleh mereka yang lain.
BETULKAH
Mungkin. Mungkin kita dah rasa kita dah cukup bagus dalam melakukan sesuati hal. Tapi tanya balik dengan diri sendiri, apakah hasil dan keputusan yang telah kita capai daripada tindakan yang dilakukan. Adakah kita mencapai setiap matlamat yang telah kita hajati? Atau hanya melakukan kerja sambil lewa kemudian pasrah dan mengalah.
Setiap pejuang kehidupan itu hidupnya bukan menunggu dan terus menunggu. Nama saja pejuang. Tentu perjuangan yang dilalui perlu dihadapi dengan rangka dan strategi yang teratur dan efisien. Rancangan demi rancangan perlu diatur agar susunan formasinya lebih ampuh untuk menghadapi situasi tidak diduga.
PLAN B
Jika jalan A tidak berjaya mendatangkan hasil memuaskan, kita kena cepat mengubah perancangan dengan segera. Lambat mengambil tindakan menyebabkan kita mudah ditewaskan musuh dan musibat yang sentiasa menanti untuk mengambil kesempatan. Siapa itu si perosak durjana? Tentu saja negativiti dalam diri.
Perasaan negatif itulah makhluk perosak yang merosakkan lagi membinasakan. Itu lah sebenar-benar nya penghalang bagi sesebuah kejayaan terhasil. Dari situ timbul lah anaknya yang dinamakan alasan. Dan alasan inilah yang akan menjadi cancer yang lambat laut akan menjahanamkan segala impian yang ingin dicapai.
PENDORONG
Berdampinglah dengan mereka yang telah berjaya mencapai kejayaan dalam hidup. Mereka inilah nakhoda kapal yang telah lahir bukan dari laut yang tenang dan sudah tentu lautan bergelora yang hitam kelam. Bukan calang-calang onak dan duri yang telah mereka lalui. Dan kesabaran dalam menempuh itu telah menjadikan siapa diri mereka pada hari ini.
Bergantunglah pengharapan penuh pada Tuhan Yang Maha Esa. Allah SWT tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri. Apa sahaja kesedihan dan kedukaan, pulangkan saja kepada Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Ada 3 perkara yang manusia tidak boleh ubah dalam hidup mereka, jodoh, ajal dan juga rezeki.
Namun kita sentiasa punya pilihan memilih jalan yang terbaik. Sama ada ingin bertindak mengubah hidup dan menghasilkan kejayaan di masa hadapan, atau ingin terus merenung nasib malang yang tak sudah-sudah. Tentukan lah sendiri.
Artikel menarik untuk anda:
BUKAN DISINI PASTI DISANA
Aku perhatikan kereta yang lalu lalang didepan. Semuanya bergerak dengan laju dan pantas. Betul lah kata orang bila tinggal di bandar…... Baca selanjutnya »
TAHNIAH HM AMIT
” Aku tak boleh buat Mitt. Bukan bidang aku ini nak jual penapis air dengan penapis udara bagai. Aku tak reti nak…... Baca selanjutnya »
BERANI BERIMPIAN
Barulah aku faham sekarang mengapa bila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kita perlu tetapkan sasaran ataupun matlamat yang ingin dicapai. Bukan buat sekadar…... Baca selanjutnya »
SIKAP MEMBENTUK SAHSIAH DIRI
Personaliti seseorang itu melambangkan peribadi yang ada pada diri. Sesetengah merasakan dengan bekerja keras akan membuahkan hasil seperti yang di inginkan. Betul,…... Baca selanjutnya »
SATU LANGKAH PERMULAAN
Memulakan langkah pertama, memang kadang kala terasa sukar. Pelbagai perkara yang bermain di dalam fikiran apabila memutuskan cuba untuk mengubah kehidupan ke…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions