Rasa seperti baru semalam saja aku berbicara dengan mu sahabat. Senyuman dan gurauan yang kau lemparkan sungguh membuatkan duniaku seakan menari-nari diatas paksinya sendiri. Keletah, senda gurau pastinya menghiburkan hati sesiapa sahaja yang berdampingan denganmu.
Tinta mata mu kau sembunyikan segala kepedihan dan keperitan yang kau rasai. Kau tidak pernah walau sekalipun menunjukkan yang kau berada di situasi yang sangat getir dan menggetarkan jiwa sesiapa sahaja. Sanggup kau tipu kami dengan sandiwara permainan ketawamu yang berdekah-dekah galaknya.
JERIT PERIH
Kau masih ingat lagi kan bagaimana kita berkongsi sesuap rezeki bersama-sama. Aku tiada wang, kau juga begitu. Namun kita korek tabung ayam yang kau simpan syiling untuk membeli sekeping roti canai kuah dal. Begitu gembira kau makan walaupun hanya beberapa suap sebab aku habiskan baki yang lain.
Sanggup kau tolak motosikal bergilir-gilir di dalam hujan lebat disebabkan duit kita sudah habis kering sehingga tiada baki buat mengisi minyak. Menggigil kau kesejukan kerana memang daripada kecil badanmu tidak tahan dengan cuaca sejuk. Kau tetap sabar dan tidak pernah sekali pun merungut.
JELAS
Apa kau masih ingat bagaimana susahnya kita untuk memulakan perniagaan bersama. Aku tidak nampak dimanakah hasil dan pendapatan yang bakal kita peroleh. Berkali-kali aku katakan yang semua ini tidak akan menjamin masa depan. Namun kau tetap yakinkan aku untuk sama-sama jayakannya.
Kau juga yang berjuang bermati-matian untuk pastikan empayar yang kita bina ini kukuh dan mampu berdaya saing. Setiap inci kekurangan dan kelemahan kau kaji dan kau perbaiki agar kesalahan yang sama tidak berulang. Pucuk-pucuk yang kau semai dan benih-benih yang kau tanam kau belai dengan sentuhan kasihmu.
YANG TERHEBAT
Namun kini hasilnya tidak dapat kau pungut dan kau tuai. Tuhan lebih menyayangi mu wahai sahabat. Tentunya ada ganjaran yang lebih baik telah disediakan buat mu di sebelah sana. Kau beruntung sekali kerana kini kau berada bersama-sama Baginda SAW. Aku sangat sedih dan bangga dengan perjuangan tulus mu.
Aku pikul amanah yang kau tinggalkan buatku ini. Pasti aku tidak akan sekali-kali mengecewakan mu. Walau apa sahaja yang bakal aku tempuh kemudian hari, aku akan bawa semangatmu bersama-sama. Janganlah kau khuatiri, tiada siapa yang bisa menjatuhkan apa sahaja yang telah kita bina bersama.
Selamat berehat wahai sahabatku. Tidur mu kali ini panjang sekali.
Artikel menarik untuk anda:
AYAH SIBUK NAK
Sepanjang perjalanan di lebuh raya menuju ke selatan tanah air, apabila berhenti di hentian rehat, aku akan tidur sebentar bagi melepaskan lelah…... Baca selanjutnya »
KITA PEJUANG
Aku orang bisnes. Setiap hari aku akan bertemu dengan bermacam-macam manusia. Pelbagai ragam dan karenah aku temui bila aku keluar rumah dan…... Baca selanjutnya »
KITA SAHABAT KITA SAUDARA
Hari ini kami dibawa beriadah oleh pengurus pasukan jualan HM Syima Alamuddin dan boss Asyraf Fadzil bermain bowling di salah sebuah pusat…... Baca selanjutnya »
AKU JUGA SAMA
Aku pada tahun 2016. Aku rasakan hidup ketika ini sangat mencabar. Selang beberapa tahun sahaja selepas baru berkahwin dengan isteri. Allah izinkan…... Baca selanjutnya »
BUKAN DISINI PASTI DISANA
Aku perhatikan kereta yang lalu lalang didepan. Semuanya bergerak dengan laju dan pantas. Betul lah kata orang bila tinggal di bandar…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions