Ayahku bekerja sebagai seorang eksekutif korporat di salah sebuah syarikat gergasi di ibu kota manakala ibuku pula bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan tambang murah terbaik di Malaysia. Aku sangat beruntung mempunyai kedua ibu bapa yang sangat berjaya di lapangan kerja masing-masing.
Kawan-kawan ku di sekolah juga memujiku sebagai seorang yang beruntung dan bertuah kerana apa saja kemahuan akan orang tua ku penuhi. Bayangkan saja umurku yang baru 17 tahun ni aku sudah memiliki telefon bimbit canggih berharga 6 ribu ringgit dan aku juga memiliki sebuah motosikal ducati panigale yang sering ku bawa untuk ke sekolah.
Kehidupan Tak Seindah Di Bayangkan
Kerjaya kedua ibu bapaku sebagai antara orang terpenting dalam syarikat sudah tentu memerlukan komitmen yang sangat tinggi yang perlu diberi keutamaan. Mereka bekerja dengan sangat komited dan penuh berdisiplin. Itu sesuatu yang bagus buat mereka.
Namun tidak bagi aku. Disebabkan mereka terlalu sibuk dengan karier masing-masing, aku sentiasa dipinggirkan dan tidak dipedulikan. Mereka jarang balik ke rumah dan meninggalkan aku seorang diri di rumah bersama pembantu.
Aku bukannya nak selalu dipantau, dibelai dan ditatang setiap masa. Cukup lah sekadar mengucapkan selamat hari jadi pada hari kelahiranku atau tahniah kerana berjaya menduduki tempat pertama di dalam kelas. Itu sudah memadai bagiku.
Hati Tersentak Sedih Kecewa
Pernah satu pagi aku sedang bersarapan dengan bibik pembantu rumah seperti biasa, aku menegur ayah yang sedang menuju ke pintu untuk keluar ke tempat kerja. Aku bawakan kertas peperiksaan matematik tambahan yang aku berjaya mendapat markah penuh.
Ayahku membaling kertas peperiksaan tersebut tepat ke muka ku semula. Beliau mengatakan yang aku telah melambat-lambatkan beliau untuk ke tempat kerja. Aku menangis lalu kutunjuk kan kepada ibu pula. Namun lebih menyedihkan ibuku membaling kertas ujian ke dalam kolam renang di halaman rumah.
Aku memberontak sekuat hati, lari kedalam bilik dan menendang jatuh semua barang yang ada. Bibik datang menenangkan hatiku yang sedang terluka. Bibik mengatakan bahawa aku seorang anak yang baik. Jadi aku kena kuat untuk menghadapi ujian kerana ujian itu hanya untuk insan yang baik dan terpilih.
Permintaan Yang Tak Tertunai
Aku tak inginkan semua kemewahan yang aku ada sekarang. Apalah gunanya kekayaan jika kebahagiaan itu tak pernah wujud dalam kamus hidup. Harta benda bukanlah satu yang perkara yang seronok jika aku tak punya masa dengan ibu bapaku.
Ya, yang aku inginkan hanya MASA. Aku cuma ingin meminta sedikit masa mereka untuk diluangkan bersama ku. Cukup sekadar solat berjemaah bersama-sama di bilil solat atau membaca terjemahan Al-Quran di ruangan perpustakaan rumah di tingkat atas.
Aku cuma ingin menjadi seperti keluarga yang lain. Keluarga yang apabila mereka makan malam, ibu mereka akan memasakkan lauk kegemaran. Ayah pula akan membacakan doa sebelum makan. Selepas selesai makan, berbual-bual di taman burung belakang rumah sambil menceritakan perkara-perkara menarik yang berlaku setiap hari.
Sungguh, aku rindukan masa bersama.
Artikel menarik untuk anda:
KITA SAHABAT KITA SAUDARA
Hari ini kami dibawa beriadah oleh pengurus pasukan jualan HM Syima Alamuddin dan boss Asyraf Fadzil bermain bowling di salah sebuah pusat…... Baca selanjutnya »
Dihina Mertua Kerana Menumpang Rumahnya
Kasmadi seorang pemuda bandar. Beliau bekerja sebagai seorang cikgu tadika. Beliau berkenalan dengan seorang jururawat bernama Jenna. Perhubungan mereka menjadi serius dan…... Baca selanjutnya »
KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR
Puas rasa hati bila setiap hari dapat berikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Melihat keletah mereka bermain dan bermanja, buatkan aku rasa…... Baca selanjutnya »
KAU RASA AKU ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA
Saat aku sendiri tidak yakin pada kebolehan yang aku ada, masih ada yang menaruh harapan buat diri yang tidak punya apa-apa. Kepercayaan…... Baca selanjutnya »
LUANGKAN SEDIKIT WAKTU
Hari sabtu merupakan hari yang paling dinantikan anak-anak. Tentu sahaja mereka akan seronok dan gembira kerana mereka dibawa berjalan-jalan ke sekitar ibu…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions