Di sebalik Sebuah Kisah Klasik

0378dc75-e0fc-4e6e-a294-9980b3035d1d

Seingat aku, mula-mula aku dengar lagu Sebuah Kisah Klasik ni masa aku darjah 4. Tahun 2000, masa tu kumpulan Sheila On 7 baru orang nak mula kenal. Baru nak naik masa ni.

Bila aku dengar je lagu ni, terus aku rasa macam satu perasaan yang lain dan susah aku luahkan dengan perkataan. Walaupun masa tu ada lagu lain yang tengah boom.

Lagu Sephia masa tu memang tengah meletup-letup. Boleh kata banyak kedai kaset dengan kedai cd kat Campbell Complex, kat Chowkit duk ulang-ulang lagu ni.

Aku pun minat lagu Sephia tu, tapi aku lagi tertarik dengan lagu Sebuah Kisah Klasik. Lirik dan melodi dia terkesan dalam hati. Ni pendapat aku masa kecil dulu.

Aku tak tahu maksud sebenar, apa yang nak disampaikan oleh penulis lagu ni Eross Chandra, salah seorang ahli dalam kumpulan Sheila On 7, tapi penerimaan aku tentang lagu ni berubah-rubah.

Daripada start aku dengar lagu ni masa aku umur 10 tahun sampai lah sekarang umur aku dah 30 tahun. Bila dengar je lagu ni, teringat setiap momen yang berlaku dalam hidup.

Biasanya melibatkan orang-orang ataupun kawan-kawan yang aku pernah kenal sebelum ni, yang pernah bersama aku sebelum ni dan bersama aku masa sekarang ni.

Masa kecil dulu, aku ni kurang keyakinan diri, selalu dibuli, diejek dan tak ada orang kawan. Terutama perempuan. Susah betul aku nak boleh berborak dengan berlainan jantina ni.

Waktu tu aku sedih lah, kenapa aku jadi macam tu. Kenapa orang suka buli aku, kenapa orang susah nak berkawan dengan aku. Alhamdulillah, adalah beberapa orang yang baik dengan aku.

Dan orang-orang ni aku tak pernah lupakan sampailah sekarang, walaupun aku dah berkahwin dan ada anak. Bila ingat-ingat balik rindu pulak zaman sekolah. Zaman enjoy, tak fikir apa-apa.

Bila masuk fasa bekerja, ngam-ngam lepas habis spm aku terus meniaga, kat sini aku duduk dan kecilkan circle aku. Aku berkawan dengan orang yang aku jumpa hari-hari je.

Maksudnya kawan-kawan yang meniaga sesama dengan aku lah. Masa ni aku dah tak bergaul sangat dengan kawan sekolah. Ada lah sekali dua dorang ajak tengok bola kat mamak.

Ataupun dorang ajak jenjalan pergi mall, tapi masa aku terhad sebab malam aku nak kena meniaga. So hidup aku banyak habiskan dekat dalam dunia meniaga je.

Benda ni berlanjutan hampir sepuluh tahun start tahun 2008 sampai lah 2018 last aku meniaga malam kat uptown. Dalam tempoh ni jugaklah aku kenal dengan isteri aku dan kitorang pun berkahwin.

Bila aku dah masuk dalam dunia bisnes yang sekarang, lebih kurang 2 tahun dah, aku keluar daripada circle yang lama dan masuk dalam circle yang baru. Ni totally berbeza 360° daripada dunia lama.

Masa ni aku dah mula masuk dalam environment yang positif, yang sentiasa dahagakan kejayaan demi kejayaan. Dunia yang banyak dah mengubah ramai orang. Kat sini banyak hidup orang yang berubah.

Ada yang dulu hutang beratus ribu ringgit, sekarang ni sukses dan generate baratus ribu ringgit pula sebulan. Ada yang sebelum ni kerja makan gaji, tapi sekarang ni diri sendiri yang decide nak berapa gaji sebulan.

Dalam masa yang sama aku pun terinspirasi dengan kejayaan dorang dan aku sendiri berusaha untuk nak capai seberapa banyak impian yang aku nak dalam hidup kat platform ni.

Bila aku ingat-ingat balik, apa yang aku ada sekarang takkan boleh capai kalau takde kawan-kawan yang sama-sama dengan aku sebelum ni. Apa yang aku dapat sekarang hasil pengalaman ‘bersama’ dengan dorang.

Kawan-kawan lah yang mengajar aku apa erti sabar walaupun tengah sedih, gembira tapi sentiasa merendah diri, takut tapi nak tak kena hadap. Tanpa dorang aku takkan kuat seperti aku sekarang.

Aku berharap satu hari nanti aku diberi peluang untuk berdiri di hadapan beribu orang, atas pentas, dan bagitau yang kejayaan aku peroleh waktu tu adalah hasil daripada support dorang semua.

Yang sentiasa puji aku, sokong aku, kritik aku, hentam aku, sayangkan aku. Aku bersyukur ALLAH SWT pertemukan aku dengan korang semua. Satu hari nanti, semua yang pernah kita lalui akan jadi kenangan.

Kenangan yang akan kekal dan takkan boleh diubah-ubah. Betul lah, takde satu perkara pun yang terjadi dalam hidup kita ni sia-sia. Semuanya yang jadi tu bersebab, cuba kita fikir-fikirkan balik.

Apa yang pernah terjadi, itulah momen yang paling indah. Sebuah kisah klasik untuk masa depan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge