Didik isteri solat berjemaah bersama

berkasih-sayang

Sekarang ini banyak berlaku kes-kes rumah tangga yang tidak bertahan lama. Kita semua sedia maklum yang jodoh ini rahsia Allah SWT. Ada yang berkekalan sampai ke liang lahad, ada yang terkandas di pertengahan jalan. Putus kasih berpisah lah ia.

Mana-mana pasangan yang berkahwin tentu mengimpikan rumah tangga yang aman harmoni dan gembira serta dimurahkan rezeki seluasnya. Namun dalam masa yang sama, dalam tak sedar telah melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT.

suami perlu sentiasa pantau solat isteri

Jaga solat 5 waktu dan tambah dengan solat sunat

Kunci utama dalam rumah tangga adalah bagaimana sesebuah keluarga itu menerapkan nilai-nilai Islam yang tinggi dan sentiasa mentaati perintah dan meninggalkan larangan Tuhan. Tiang kepada segala amal ibadat kita sudah tentulah solat 5 waktu sehari semalam.

Solat juga adalah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Bagaimana kita mengamalkan dan mengerjakannya, semua nanti akan dipersoal. Wajib untuk kita sentiasa perbaiki solat yang wajib dan menambah baik solat-solat sunat.

isteri yang bersolat hatinya sentiasa lembut

Perbaiki dan tambah baik ibadah solat setiap masa

Solat berjemaah bersama isteri juga salah satu amalan yang sangat mulia. Disamping bersolat secara berjemaah di surau-surau dan masjid yang berdekatan, solat dirumah bersama isteri juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih dan sayang bersama.

Tugas suami memastikan ibadah solatnya sentiasa terpelihara dan ibadah solat isteri juga sentiasa dijaga. Ketika mana ada kekangan untuk berjemaah di luar, ajaklah isteri solat bersama-sama. Tak kisah sama ada di dalam bilik ataupun diruang tamu.

isteri yang baik sentiasa mendengar kata suami

Bersolat di rumah jangan dipersulitkan tata caranya

Asalkan ruangan untuk bersolat itu bersih, sudah memadai. Ketika mana suami mengangkat takbir mengimamkan isteri, maka sudah tentu akan dilimpahkan seluruh rahmat dan kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan dan diberikan ketenangan dalam hati penghuni rumah.

Perkara ini susah untuk diterjemahkan dalam tulisan mahupun lisan, namun yang pernah mengalami pasti merasai. Ada semacam satu perasaan yang susah untuk digambarkan. Seolah-olah segala masalah yang pernah berlaku hilang sekelip mata.

isteri penyejuk hati suami dikala kesusahan

Bergantung harap hanya kepada Nya

Berserah dan bergantung pengharapan penuh pada Yang Maha Esa. Bila mana sentiasa meletakkan agama dahulu dalam satu-satu perkara, insha Allah kita akan lebih peroleh keberkatan dalam hidup. Kita ini semuanya hanyalah hamba Tuhan.

Ada kala ketika susah kita bergantung kepada manusia untuk selesaikan masalah. Sedangkan manusia itu perantara sahaja, yang izinkan masalah itu selesai sudah tentu Allah SWT. Buatlah perkara-perkara yang disukai olehNya, dan sentiasa lah berdoa hanya kepadaNya.

Nescaya Allah SWT akan kabulkan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge