Dilema antara X50 dengan Honda City

advice-answer-ask-assistance

Tadi pagi aku ada whatsapp abang Jega dan tanyakan tentang kereta x50 yang aku booking tu bila boleh tau harga. Kemudian tak lama lepas tu abang Jega call aku.

Dia kata kat aku, boleh ke kalau aku bayar booking rm500 ringgit untuk dia buat tempahan kereta tu. Lepas tu terus je aku tanya. Bang sebelum bayar booking nak tanya boleh ke?

Berapa ye harga kereta x50 ni yang sebenar? Sebab loan saya approve rm88900 dah ada rumours mengatakan harga dia mungkin akan dalam lingkungan rm103800.

Boleh tahan banyak juga tu beza daripada segi harga tu yang aku nak kena top up untuk downpayment nanti. Dia cakap pasal harga tu dia tak boleh nak cakap.

Sebab sekarang nie memang belum ada harga yang official lagi. Dan dia minta aku jangan percaya dengan rumours kat Internet tu. Lepas tu aku tanya lagi, betul ke kereta ni lambat dapat?

Sebab booking dia sekarang ni pun dah cecah lebih daripada 20 ribu unit. Sedangkan aku dengar production kereta ni baru je beberapa ribu unit. Dan abang jega pun setuju.

Estimate time untuk dapat kereta tu lebih kurang 3-6 bulan kata abang jega. Wah lama jugak tu sementara nak tunggu dapat kereta tu. Betul lah yang aku baca dalam artikel kat website.

So aku tanya abang jega boleh ke kalau aku nak tukar daripada x50 ke Honda City sebab ikutkan loan aku yang approve ni dah boleh sangat dah ambil Honda City v spec tu.

Dia kata dia boleh uruskan. Takde masalah. Ah sudah aku dah dilema ni. Esok aku sambung story apa yang aku bagitau kat abang jega lepas dia kata dia boleh uruskan tu.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge