Dulu masa sekolah aku ini salah seorang yang suka guna minyak wangi. Mungkin dah jadi kebiasaan sebelum solat aku akan gunakan pewangi jenis roller yang macam selalu orang bawa pergi surau itu.
Minyak wangi roller ini lebih mudah nak dibawa kemana-mana dan senang nak simpan, letak dalam poket seluar je. Kalau aku guna kain pelekat waktu solat, aku akan selitkan dalam gulungan kain aku itu.
Lepas je ambil wudhu, bila aku dah keringkan tangan, mulalah aku keluarkan minyak wangi yang aku bawa. Biasanya orang sebut minyak atar. Aku calitkan dekat pergelangan tangan lepas tu aku sapukan sikit kat bahagian belakang telinga.
Berkongsi dengan semua
Sebelum nak solat, waktu tengah tunggu bilal nak iqamat aku akan pelawa sesiapa je yang ada kat sebelah aku gunakan minyak wangi yang aku bawa ini. Kebiasaannya jarang yang menolak bila aku bagi. Semua orang pun suka minyak wangi.
Ada satu hari itu bila dah habis solat, aku pun macam biasalah turun bawah dan bersiap nak balik ke asrama. Tiba-tiba ada orang tepuk bahu aku daripada belakang. Aku pun toleh lah.
Adab bila nak menoleh, kena pastikan badan kita berpusing habis ke belakang baru kita bercakap dengan orang yang menegur itu. Agak tak manis kalau kita cuma memusingkan sedikit kepala kita sahaja.
Nak tahu jenama minyak wangi yang aku guna
Mujur aku ingat apa yang pernah dipesan sebelum ini. Rupanya ustaz aku kat belakang. Lepas menjawab salam daripada ustaz, aku tanya kenapa itu ustaz. Saya ada buat salah ke.
Ustaz kata takdelah. Cuma beliau nak tanya, minyak atar jenama apa yang aku gunakan? Sebab tadi sebelum solat, rupanya dalam aku tak perasan aku pelawa ustaz aku ini guna minyak yang aku bawa.
Lepas aku bagitau jenama sekian-sekian, ustaz kata bagus. Pandai pilih minyak wangi yang sedap. Aku kata terima kasih ustaz. Aku berhajat nak bagi minyak wangi yang aku punya ni kat ustaz tapi beliau menolak.
Perasaan gembira tak terkata
Ustaz pesan kalau beli lagi lepas ini, lebih kan untuk beliau, nak beli satu untuk kegunaan sendiri nanti. Aku pun cakap baik ustaz, nanti saya beli 2. Satu saya punya satu lagi ustaz punya.
Aku pun baliklah dalam keadaan gembira bila ada orang puji aku pandai pilih minyak wangi. Sebenarnya aku cuma baca daripada majalah je minyak wangi apa yang tengah ramai orang guna masa itu.
Citarasa tak sama, pendapat masing-masing
Zaman itu takde orang gunakan internet sangat kalau nak cari apa-apa. Semua cari kat majalah je. Telefon pun masih guna nada dering monofonik lagi. Hehe. Sampai sekarang aku masih boleh teka minyak wangi yang mana satu bagus.
Ini daripada pandangan aku sendiri lah. Mungkin ada setengah orang citarasa tak sama. Biasanya kalau aku cakap minyak wangi ini bagus, orang terdekat contoh macam isteri aku mesti setuju dengan pendapat aku.
Tak kisah sama ada minyak wangi lelaki ke perempuan.
Artikel menarik untuk anda:
Perempuan guna minyak wangi lelaki, boleh ke?
Semalam aku ada baca satu fakta dalam artikel. Lepas itu aku jadi berfikir lama. Betul ke perempuan boleh pakai minyak wangi lelaki? ... Baca selanjutnya »
Jangan buat 3 perkara ini bila nak gunakan minyak wangi
Hari ini aku nak kongsikan sikit pengalaman aku sepanjang guna minyak wangi. Ramai orang suka pakai minyak wangi dan ramai orang yang…... Baca selanjutnya »
Minyak wangi misteri dalam novel cinta
Dulu masa sekolah rendah aku suka baca novel cinta. Walaupun masih budak-budak tapi aku tak tau kenapa aku minat sangat bila dapat…... Baca selanjutnya »
3 masalah yang selesai dengan minyak wangi
Manusia memang takkan boleh lari daripada masalah. Masalah itu akan sentiasa datang tanpa kita duga. Macam mana nak mengelak pun tetap tak…... Baca selanjutnya »
Semburan minyak wangi yang memberikan kesan terbaik
Aku sempat baca beberapa artikel berkaitan cara terbaik menggunakan minyak wangi. Kalau diikutkan memang banyak teori yang diceritakan. Lain orang lain cara. ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions