Dugaan yang tak berkesudahan

dugaan

Hari ni aku diberi peluang untuk sharing dengan kawan-kawan yang meniaga sesama dengan aku. Aku perhati je muka sorang-sorang dalam zoom tadi.

Memang ketara nampak yang masing-masing pun mental tengah koyak sekarang ni. Mau nya tak koyak. Dah lah kena duduk rumah dah sebulan lebih.

Lepas tu kes jangkitan makin naik, takde tanda-tanda nak turun. Produk yang kitorang jual tak boleh pasang pula kat rumah customer. Bila tak pasang takdelah gaji.

Yang mana memang dah pernah handle situasi macam ni, dorang tau macam mana nak tukar game dengan approach customer produk yang boleh pasang.

Cuma aku kesian dengan kawan-kawan baru join, dorang ni tak tau apa-apa lagi. Tetiba buat sales tapi tak dapat komisen sebab produk tak boleh install. Semua pun dah jem.

Yelah, harapan dorang bila masuk platform bisnes yang aku tengah dok buat ni, boleh lah dorang generate income di kala semua orang pun banyak yang kena buang kerja.

Last-last produk kitorang sendiri pulak yang tak boleh pasang. Waduh. Jujur lah aku cakap ea. Terus terang, aku pun sebenarnya mental koyak gak babe. Goyang gak aku.

Lagi-lagi dengan komitmen yang ada sekarang ni. Cuma, apa yang aku boleh buat, takkan lah nak tunjuk depan kawan-kawan lain yang kita tengah down.

Sedangkan kita ni ada time-time jadi sumber rujukan dorang untuk nak tanya apa-apa ataupun nak selesaikan satu-satu masalah yang jadi. Cuma yelah, kita ni manusia biasa juga.

Aku usaha kuat untuk kawan-kawan yang lain, untuk keluarga yang aku sayang. Apa yang jadi sekarang ni, apa yang aku boleh cakap, kenalah banyakkan sabar.

Walaupun sebenarnya susah nak sabar ni. Cakap kat mulut memang lah senang, nak praktikkan tu tak senang. Suka atau tak, nak ke taknak, kena juga belajar untuk bersabar.

Aku selalu cakap dengan diri sendiri, andai kata aku rasa susah, ada berapa ramai lagi orang yang lebih susah daripada aku. Even nak makan pun sampai dah takde duit.

Benda ni lah yang twistkan balik pemikiran aku, dan daripada sebelum ni dok merungut mengadu nasib, sekarang ni aku cuba cari solusi dengan apa je sumber yang aku ada.

Aku percaya, bila kita sentiasa bersyukur, insya Allah Dia tambahkan lagi rezeki keluarga kita. Apa-apa pun, jangan putus harapan. Sentiasa lah sangka baik.

Sebab Allah SWT sentiasa mengikut sangkaan hambaNya. Allah takkan menguji seseorang tu luar daripada kemampuan dia.

Fikir lah baik- baik, insya Allah yang datang ni semua yang baik-baik je. Keep fighting, kita sentiasa ada pilihan.

Memilih lah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge