Kehidupan kita setiap hari dikelilingi oleh ramai sahabat yang sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar. Mereka secara tidak langsung merupakan salah satu tunjang utama dalam mencorakkan perwatakan dan personaliti diri kita sendiri. Keperibadian yang baik terhasil daripada cerminan perwatakan orang yang sentiasa ada disamping.
Penting sebenarnya memilih kawan yang baik sesuai seperti yang dituntut Rasulullah SAW. Pesanan yang diturunkan menasihati supaya berhati-hati agar tidak tersalah pilih sahabat yang boleh mendatangkan kemudaratan di kemudian hari. Erti kata lain jangan sampai tersilap percaturan dalam bergaul.
SENTIASA MENJAGA HUBUNGAN DAN SENSITIVITI
Lebih ramai kawan yang baik pastinya akan membuatkan kita sentiasa positif dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Bila berada di dalam kesusahan dengan serta merta datang tanpa diduga menghulurkan bantuan di saat-saat genting. Ini adalah ciri-ciri sahabat yang sangat bagus.
Dikala kita melakukan kesalahan, pasti mereka akan cepat perasan dan dengan segera membantu memperbetulkan semula apa sahaja perkara yang tidak baik yang kita lakukan. Dalam masa sama mereka pula yang membimbing agar kita tidak terpesong ke jalan kemungkaran yang merugikan masa depan yang mendatang.
CARI PENYELASAIAN BUKAN DENGAN CARA BERTENGKAR ANTARA SATU SAMA LAIN
Andai ada masa-masa tidak sependapat, maka jangan mudah melenting dan menuduh secara membuta tuli. Cari jalan penyelasaian yang boleh mendatangkan keputusan yang sihat kepada kedua-dua belah pihak. Bertindak secara matang dan tidak terbawa-bawa dengan perasaan dan hasutan syaitan.
Solusi yang berkesan adalah yang mendapat kata sepakat dan tidak melebih-lebihkan malahan dinilai dan ditimbang tara secara terbuka tanpa ada apa-apa yang terselindung dan tersembunyi. Berterus teranglah supaya tiada dendam yang terpahat di dalam hati yang akan menjadi barah yang merosakkan sesuatu hubungan.
SYUKURI AMANAH KURNIAAN ILAHI
Berdoalah sentiasa agar dipertemukan dengan orang-orang yang baik. Sahabat yang selalu ada susah dan senang, memang sukar di cari dan diganti dengan yang lain. Ianya adalah salah satu nikmat rezeki yang telah dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur dan tidak mudah putus asa.
Jagalah peribadi dan akhlak yang baik supaya lebih ramai lagi yang akan selesa untuk berdamping bersama. Saling hormat menghormati dan tidak terlalu cepat terpedaya pada perkara-perkara yang berbaur fitnah yang cuba merosakkan ikatan persahabatan yang terjalin. Jalani kehidupan dengan penuh kegembiraan.
Wasallam.
Artikel menarik untuk anda:
KITA SAHABAT KITA SAUDARA
Hari ini kami dibawa beriadah oleh pengurus pasukan jualan HM Syima Alamuddin dan boss Asyraf Fadzil bermain bowling di salah sebuah pusat…... Baca selanjutnya »
PENYULUH HIDUP
Pagi sampai ke petang aku habiskan masa di kelas. Walaupun hujung minggu, namun aku gagahkan juga meluangkan waktu untuk menimba ilmu pengetahuan….... Baca selanjutnya »
PILIHAN ITU ADA DITANGAN
Sering kali ketika ingin membuat keputusan, pastinya kita akan terburu-buru melakukannya. Tapi pernah ke tersedar, bila melakukannya tanpa berfikir panjang, pasti akan…... Baca selanjutnya »
HENTIKAN PENYEBARAN CERITA PALSU
Janganlah sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu perkara yang belum tentu kesahihannya kerana secara tidak langsung jika perkara yang disebarkan itu tidak benar, pasti akan…... Baca selanjutnya »
SIKAP MEMBENTUK SAHSIAH DIRI
Personaliti seseorang itu melambangkan peribadi yang ada pada diri. Sesetengah merasakan dengan bekerja keras akan membuahkan hasil seperti yang di inginkan. Betul,…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions