FIGURA BRIE LARSON

Larson-sebagai-kapten-marvel

Lega rasanya semalam lepas closing sale. Selesai sahaja terus abang balik rumah dan ajak wife dengan anak-anak jalan. Kami pun bercadang nak tengok movie dekat panggung wayang. Hidup enjin kereta terus pergi Mid Valley Megamall. Untung rumah dekat dengan mall. Hehe.

Bila dah sampai tu terus booking twin seat sebab senang anak-anak duduk kat tengah. Jimat sikit duit tiket. Haha. Movie yang abang tengok ni tajuk dia Captain Marvel. Jarang tengok movie superhero nya perempuan. So kami pun layan.

Larson sebagai Captain Marvel | time.com

KAGUM DENGAN PELAKON UTAMA

Abang bukan nak cerita tentang filem Captain Marvel tu tapi sebenarnya tertarik dengan watak utama Carol Danvers yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Brie Larson. Cantik orangnya dan sesuai sangat dengan karakter.

Beliau merupakan artis berketurunan Perancis-Kanada. Dilahirkan pada 1 Oktober 1989, nama asal beliau ialah Brianne Sidonie Desaulniers tapi disebabkan nama tu susah nak disebut beliau menukar nama panggilan kepada Brie Larson.

Sewaktu kecil beliau memiliki patung permainan American Girl bernama Kristen Larson. Patung ini lah yang menyebabkan beliau terinspirasi dan mengubah nama kepada Brie Larson supaya senang namanya dipanggil.

Larson seorang penulis dan pengarah filem | www.mirror.co.uk

SEORANG PEMUZIK

Larson juga seorang pemuzik. Pernah mengeluarkan album pada tahun 2005 menerusi sebuah label rakaman, dan membuat persembahan langsung konsert di seluruh Amerika Syarikat. Album kedua beliau telah dibuat dan selesai dirakam tetapi tak pernah dikeluarkan.

Penampilan awam terakhir beliau sebagai seorang penyanyi adalah pada tahun 2010. Beliau mempersembahkan lagu ‘Black Sheep’ bersama band Metric. Satu-satunya album beliau dikeluarkan pada lewat tahun 2005 terjual sebanyak 3500 salinan di Amerika Syarikat.

INSPIRASI KEPADA MASYARAKAT

Walaupun ibu bapa beliau telah bercerai sewaktu masih kecil, Larson tetap bersemangat untuk menuntut ilmu bagi mendalami bidang lakonan. Beliau mempelajari kelas lakonan di Teater Konservatori Amerika, San Francisco. Hasil daripada didikan dari kecil lah yang membuatkan beliau kini bukan sahaja pelakon.

Malah beliau kini merupakan antara penulis dan pengarah terkaya di dunia. Kejayaan beliau pada hari ini disebabkan usaha dan kerja keras yang tidak pernah putus. Beliau tidak pernah menjadikan faktor keluarga sebagai alasan untuk tidak berjaya dan kini beliau antara pelakon yang disegani di mata dunia.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge