Rasanya semua orang mesti kenal dengan kumpulan Senario kan? Satu kumpulan yang sangat popular satu ketika dulu. Masa kecil memang selalu menonton cerita Senario di kaca televisyen. Sitkom-sitkom mereka memang kelakar dan tidak kering gusi. Ada sahaja idea-idea spontan mencuit hati yang pasti akan membuatkan kita ketawa berdekah-dekah.
Apa yang buat aku sangat menyukai kumpulan mereka ini, walaupun cerita yang disajikan berbentuk humor, namun mereka sentiasa selitkan pengajaran yang baik yang boleh diteladani oleh semua orang. Bermula daripada peringkat umur kanak-kanak hinggalah peringkat umur dewasa, semua orang pasti dapat menerima mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh mereka.
FENOMENA SELURUH NEGARA
Salah satu filem yang pernah aku tonton adalah Lagi-Lagi Senario. Filem ini memang menjadi fenomena satu ketika dahulu. Ditayangkan di layar perak betul-betul pada hari raya, semua orang berpusu-pusu untuk menjadi orang yang terawal menonton filem ini di pawagam. Aku pun turut sama tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi antara orang mula-mula sekali.
Waktu ini aku masih di sekolah rendah. Kami beramai-ramai jalan kaki ke pawagam di pasar raya Leisure Mall untuk menonton filem ini. Walaupun perjalanan nak ke pawagam tu kami kena kejar anjing dan ada kawan-kawan yang lari sampai terputus tali selipar, tapi kami tetap bersemangat nak pergi bersama-sama.
MENYENTUH HATI DAN PERASAAN
Bila kami dah mula masuk dan menonton filem tersebut, kami disajikan dengan lawak-lawak bernas yang kelakar tapi penuh dengan pengajaran. Jalan cerita lelaki bernama Wahid yang baru dibuang kerja dan berusaha mencari pekerjaan baru menunjukkan bahawa apa sahaja dugaan yang melanda, hidup mesti diteruskan.
Bagaimana setianya beliau dengan majikan barunya Azlee walaupun selepas dikhianati oleh rakan-rakan lain Saiful dan Yassin yang berpaling tadah dan bertukar majikan baru bernama Mazlan. Wahid sedaya upaya memberikan kata-kata semangat dalam usaha untuk menaikkan semula warung tuan tempat beliau kerja.
PENGAJARAN BERMAKNA SEPANJANG HAYAT
Dalam kehidupan, ada masa kita akan berada di atas, ada masa kita berada di bawah. Sentiasa beringat bahawasanya Allah pasti akan menguji sama ada kita ini benar-benar orang yang beriman percaya dengan setiap rezeki yang Dia kurniakan. Bersyukur tatkala dilimpahkan kurnia yang melimpah ruah, sabar dikala kesulitan datang melanda.
Jangan pernah sekali-kali menjalankan perniagaan dengan cara menyekat rezeki orang lain. Apa yang lebih penting daripada wang ringgit yang banyak adalah keberkatan yang ada padanya sama ada digunakan ke jalan yang diredhai ataupun dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Kerana di akhirat nanti pasti akan ditanya setiap pemberian itu, pada jalan apakah ianya dibelanjakan.
Artikel menarik untuk anda:
MEMBAZIR ITU MERUGIKAN
Rambang mata betul bila pergi ke Bazar Ramadhan. Macam-macam juadah berbuka puasa yang mahu dibeli. Maklum sangat bila perut sedang menahan lapar…... Baca selanjutnya »
IMPIAN MEMBELI RUMAH PERTAMA
Lain orang lain impiannya. Bagi aku, memiliki rumah pertama atas nama sendiri merupakan satu hal yang tak pernah aku jangkakan dalam hidup….... Baca selanjutnya »
ADUH SANGKUT LAGI
Kesesakan trafik sudah menjadi lumrah dan biasa berlaku bila kita berada di bandar-bandar besar. Masalah yang dihadapi ini bukan saja berlaku di…... Baca selanjutnya »
JUDILAH LAGI
Perlahan-lahan aku kunyah baki roti yang masih bersisa. Sudah berapa bulan aku tidak makan nasi. Selera makan juga sudah tiada lagi. Kerunsingan…... Baca selanjutnya »
SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT
Nasi lemak yang kubeli pagi tadi langsung tak dijamah isteri. Beliau hanya memandang dan terus keluar dari rumah untuk ke tempat kerja….... Baca selanjutnya »
Reader Interactions