FOOD VALET TEMPAT LEPAK TERBAIK DI BANGI

Sabri-dan-Fauzan

Lepas balik dari pejabat tadi, rasa nak lepak minum air dengan kawan. Nak hilangkan dahaga dan ambil udara segar lepas seharian bertungkus lumus selesaikan semua pesanan yang telah ditempah oleh pelanggan. Sabri pun ajaklah kawan Sabri ni nama dia Fauzan. Dia memang duduk kat Bangi pun, jadi dia tahu lah dekat mana port best nak lepak.

Sabri jarang dengan area Bangi. Kalau bukan pejabat Sabri dekat sini, memang Sabri tak pernah datangpun. Selalunya kalau nak lepak, Sabri akan pergi dekat Taman Dagang, Ampang ataupun The H Hartamas. Dua tempat ini memang dah jadi port favourite nak lepak malam-malam. Kadang-kadang kalau rajin baru Sabri pergi Asia Cafe dekat Subang Jaya.

PELBAGAI JENIS MAKANAN

Fauzan pun bawa Sabri pergi lepak dekat Food Valet, antara salah satu tempat lepak paling terbaik dekat kawasan Bangi. Bila sampai tu memang rasa sangat kagum dengan suasana dekat sini. Ada banyak kedai-kedai makan yang menjual pelbagai jenis masakan terbaik. Sabri tertarik dengan satu kedai ini yang menjual itik salai. Ramai orang beratur disebabkan nak merasa kehebatan itik salai di Food Valet ini.

Cuma Sabri tak rasa nak makan itik, jadi Sabri pun cuba menu yang lain dulu. Mungkin itik salai ini Sabri makan hari yang lain. Sabri pergi ke kedai Nasi Harimau Menangis. Fauzan kata daging dekat sini sedap dan pedas. Bila Sabri makan memang pedas. Patut la tagline kedai ni ‘dah makan pasti teriak‘. Memang pedas betul. Sabri ini bukanlah jenis makan makanan yang pedas. Kalau tak percaya nanti boleh cuba rasa.

LAYAN BOLA

Sabri rasa paling seronok tentang tempat ini semestinya lah skrin besar yang disediakan oleh pihak pengurusan Food Valet. Sabri memang seorang peminat sukan bola sepak. Setiap perlawanan yang membabitkan pasukan kegemaran Sabri iaitu pasukan Arsenal, pasti seboleh-bolehnya takkan terlepas untuk menonton di skrin besar. Bukannya tak boleh nak layan di rumah, tapi bila lepak ramai-ramai tentulah suasana tu lagi happening kan.

Siapa yang memang kaki tengok bola sampai pukul 2-3 pagi tu wajib datang ke sini kalau nak layan tengok ramai-ramai. Confirm suasana akan jadi havoc dan huru hara lebih-lebih lagi bila melibatkan perlawanan di peringkat pusingan akhir, ataupun membabitkan dua pasukan yang terhebat di dalam dunia. Mesti rasa macam tengok dekat dalam stadium. Masa tu tak hairanlah kalau ada yang sampai terbalik meja ataupun kerusi disebabkan nak merai jaringan pasukan kegemaran.

PELBAGAI JENIS MINUMAN

Dekat Food Valet ini juga menyediakan pelbagai jenis air yang boleh kita pesan seperti minuman panas biasa yang selalu diminum, ataupun pelbagai aneka jus buah yang menepati dengan kehendak tekak dan citarasa. Boleh pilih sama ada nak gelas besar ataupun gelas biasa. Kalau rasa nak lepak lama-lama tu, pesan je air yang jenis gelas besar. Lagi puas hati dan berbaloi-baloi. Satu lagi kena rasa air kelapa kat sini. Memang segar dan sangat sedap.

Pihak pengurusan juga tidak mengabaikan kemudahan bagi pelanggan mereka. Dekat sini disediakan ruang solat yang selesa untuk mereka yang nak solat berjemaah. Tempat ini buka siang dan malam. Jadi kalau datang sini waktu makan tengah hari, boleh solat zohor dan asar siap-siap. Mudah dan cepat. Lepas solat boleh sambung makan balik. Nak lepak sampai malam pun tiada masalah. Manalah tau kalau ada yang singgah makan dan nak buat ulang kaji pelajaran, boleh sahaja nak siapkan dekat sini.

MESTI DATANG

Jadi, bagi sesiapa yang berkelapangan dan berada berdekatan dengan Bangi, boleh la datang lepak dekat Food Valet ini. Sabri pasti semua akan terpesona dengan suasana santai yang ada dekat tempat ini. Pasti akan rasakan satu pengalaman yang berbeza berbanding tempat makan yang lain. Percayalah, Sabri dah pergi banyak tempat lepak dan Food Valet ini Sabri rasakan antara yang terbaik yang ada dekat Bangi.

Lokasi untuk nak datang kesini boleh Waze dan taipkan saja Food Valet. Senang sangat nak datang. Kalau dari rumah Sabri dari Bukit Jalil makan masa lebih kurang dalam dua puluh minit saja dah sampai. Bergantung juga lah pada keadaan trafik. Fauzan ada bagitahu yang tempat ini bila makin lewat malam, makin meriah. Jadi siapa yang nak datang dan tak perlu bersusah payah nak mencari parking disarankan datang awal atau naik motor sahaja.

Siapa yang ada dekat rumah sekarang dan tak tahu nak lepak mana, ambil kunci kereta, hidupkan enjin dan terus datang ke sini ya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge