Gara-gara hadiahkan minyak wangi, isteri makin bertambah sayang

kasih-sayang-abadi

Betul, terkejut aku. Bukan lah sebelum ini tak sayang, tapi sayang tu makin bertambah-tambah pula. Biasalah orang perempuan, mesti suka kalau diberikan hadiah.

Lagi-lagi kalau hadiah tu sebotol minyak wangi pula. Lagi lah happy bukan main. Minyak wangi tu pula yang memang dia dah lama nak sangat. Mungkin sebab ramai kawan dia yang suggest.

Kena tahu minyak wangi yang si dia minat

Sebagai suami kita sendiri kenalah peka dengan apa yang isteri kita suka, apa yang dia minat. Janganlah main beli je nanti. Silap-silap dia tak berkenan, dah taknak guna.

Kat situ dah jadi membazir pula. Sebab minyak wangi ini tak boleh simpan lama-lama. Nanti kalau dah lama pati yang ada dalam minyak wangi itu akan berubah dan boleh bagi kesan lain dekat bau minyak itu.

Setiap masa mesti nak guna

Kalau beli yang dia memang suka, setiap hari setiap masa mesti dia akan guna. Tiap kali lepas mandi mesti guna. Sebelum tidur pun mesti dia akan guna juga.

Nanti kita juga yang happy bila isteri sentiasa wangi. Masa ini takde dah nak pandang perempuan lain kat luar sana. Kita akan bagi perhatian yang penuh kat isteri kita sendiri.

Perhubungan yang mendatangkan pahala

Kenapa nak kena ambil tau pasal perempuan lain lagi, sedangkan yang sempurna dah ada depan mata. Penyejuk hati kita dunia akhirat siapa lagi kalau bukan dia.

Berkasih sayanglah antara satu sama lain sebab ianya akan dikira sebagai ibadah yang mendatangkan pahala. Diberi ketenangan dalam perhubungan, dan diberi ganjaran syurga yang indah di akhirat sana.

Mudah-mudahan amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge