GIOLA BARBERSHOP KEDAI GUNTING TERBAIK

Muka-mengantuk

Hari ini kita bawa abang Danish potong rambut. Tahun ini raya dekat Sabah. Rambut nak kena pendek sebab cuaca Sandakan biasanya agak sedikit panas sebab tepi pantai. Takut abang tak selesa pula nanti kalau rambut masih panjang macam sekarang. Abang dah lah jenis lasak, mesti rimas dia nanti.

Rasanya last sekali potong rambut abang 2 tahun lepas masa niaga dekat Dataran Usahawan 1 Azam. Saja nak bagi dia berambut panjang. Bila besar nanti ada juga kenangan dia pernah rambut panjang. Hehe. Tak lama lagi dah nak sekolah. Sekolah nanti dah tak boleh nak rambut panjang. Lain lah kalau sekolah swasta hehe.

SAHABAT SEPERJUANGAN

Sabri bawa abang potong rambut dekat kedai kawan. Nama kedai mereka ini Giola Barbershop. Dulu kami sama-sama niaga dekat uptown. Bila dah tutup, Giola Barbershop ni mereka pindahkan ke kedai yang lebih besar dan lebih kemas. Terletak di Taman Tenaga, Cheras betul-betul bersebelahan Masjid Az Zubbair.

Rindu pula bila dah lama tak jumpa mereka. Semua masih setia bersama. Yang ada kat kedai hari ini Ady, Acid dengan Kid. Ijan belum sampai lagi sebab belum balik kerja lagi. Mereka ini memang pakar gunting rambut dan rata-rata dah berpengalaman lebih daripada 3 tahun dalam bidang ini.

SERVIS TERBAIK

Sabri puas hati bila bawa budak-budak gunting rambut ke sini. Selain daripada kedai yang didekorasi ala vintage, suasananya juga sangat santai dan selesa sebab kedai ini besar dan luas. Tak sangka mereka bermula dengan kedai kecil je dulu, sekarang dah membina empayar perniagaan yang lebih maju.

Walaupun semuanya masih muda, tapi sentiasa bersemangat dan menjalankan perniagaan dengan strategi dan tersusun. Disiplin yang diterapkan dalam diri menjadi salah satu perkara utama yang dititik beratkan hingga nama Giola Barbershop ini boleh dikenali ramai orang sampailah sekarang.

WAJIB DATANG

Semoga Giola Barbershop akan terus maju dan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan. Kedai beroperasi setiap hari kecuali hari Rabu. Memang daripada dulu lagi cuti hari Rabu haha. Kedai mula buka pukul 3 petang dan tutup sampai lewat malam. Biasanya sampai pukul 1 pagi baru tutup.

Siapa yang berada berdekatan atau tak tahu kat mana nak potong rambut, boleh je terus datang Giola Barbershop. Boleh waze je dan kedai mereka betul-betul tepi jalan. Harga pun berpatutan. Rasa nak minta diskaun, boleh je sebut nama Sabri. Cakap je kawan Sabri, mesti mereka kenal. Insha Allah boleh dapat diskaun. Hehe.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge