HABISLAH KALAU ADA KERETA TERBANG

sampah-sarap-menimbun

Tak sangka pula, sampai banyak macam tu sekali sampah yang ditinggalkan masa sambutan ambang tahun baru 2 hari lepas. Bukan main penuh lagi bandar Kuala Lumpur dengan sisa-sisa buangan pepejal yang sepatutnya boleh dikitar semula macam botol air dan plastik dibuang merata-rata.

Aku pun salah seorang yang hadirkan diri lepak kat tengah bandar masa meraikan pesta keramaian. Hampir beratus ribu orang jugalah yang datang dari seluruh negara. Termasuk pelancong asing dengan warga tempatan. Sama-sama nak raikan detik bersejarah peralihan dekad yang baru.

9 TAN SAMPAH? BANYAKNYA…

Mengecewakan betul bila tau lepas je habis program rupanya banyak gila sampah-sarap yang dibiarkan macam itu je. Hampir 9 tan sampah terpaksa dikutip dekat kawasan hot spot je tak termasuk kawasan lain. Kawasan hot spot itu kira macam kat Bukit Bintang, KLCC dengan Dataran Merdeka.

Tak tau lah kalau rasa 9 tan tu sikit tapi nak mengemas punya banyak sampah macam itu, hampir 100 orang pekerja Alam Flora juga khabarnya kena kerah untuk bersihkan semua sampah-sarap dan sisa buangan yang bersepah-sepah kat setiap ruang atas jalan raya itu. Sampaikan ada yang di selit kat celah pokok bunga pun ada.

TUNJUK TAULADAN YANG BAIK

Rasanya tak patut lah amalkan sikap tak bertanggungjawab. Bila buat macam ini, sebenarnya kita dah tunjukkan mentaliti dan budaya yang tak baik bila orang luar tengok. Tak pasal-pasal orang pandang dan cop tak berdisiplin dan tak beretika. Sekarang kan zaman dah maju.

Ada cara sebenarnya nak elakkan masalah sampah yang berterabur macam ini. Salah satu cara yang boleh kita semua buat ialah bawa seorang satu plastik sampah siap-siap dari rumah dan lipatkan elok-elok dalam poket ataupun simpan dalam bag. Bila waktu nak balik itu, masukkan semua sampah dalam plastik tadi dan longgokan plastik sampah itu kat satu tempat.

LEBIH BAIK KURANG DARIPADA TAK BUAT LANGSUNG

Jadi nanti masa pekerja Alam Flora datang nak bersihkan, kan ke dah senang kerja dorang tinggal angkat je semua sampah tadi balik. Ala plastik sampah sekarang pun ada yang wangi. Siap ada macam-macam bau lagi. Ada yang bau lavender, ada bau kopi lah, ada bau strawberi. Tak percaya pergi je kat kedai 2 ringgit mesti ada jual plastik sampah wangi itu.

Harapnya lepas ini takde lah kejadian macam ini berlaku lagi. Rasanya bukan benda baru pun. Setiap kali ada keramaian je tak kisah lah tahun baru ke, sambutan hari kemerdekaan ke mesti akan timbul hal ini. Setidaknya kalau tak boleh bersih macam asal semula, dapatkan kurangkan pun dah kira bagus. Boleh ikut contoh macam penyokong bola sepak yang kutip sisa sampah selepas tamat perlawanan kat stadium.

ZAMAN MAJU, MENTALITI JUGA HARUS PADU

Itu pun satu tauladan yang bagus. Semua bekerjasama dan ambil tanggungjawab nak bersihkan. Bila buat ramai-ramai, kerja mengemas itu jadi seronok dan sekejap je dah siap. Dalam masa yang sama boleh eratkan silaturahim antara satu sama lain. Kena ada yang bujang, kan ke tak pasal-pasal bertemu jodoh pula. Mana tau kan?

Nasib baik takde kereta terbang. Kalau dengan mentaliti yang sama, ada kereta terbang tak ke naya kepala orang kat bawah kena sampah pakat duk buang ikut tingkap kereta nanti. Melayang-layang je sampah ditiup angin. Hehe. Tak boleh nak bayangkan..

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge