Hadiah Honda City 2020 untuk isteri tersayang dan hadiah daripada isteri

bd1081a8-e3c3-473a-a334-e0bfe752566d

alhamduillah, semalam dah selamat ambil kereta honda city kitorang kat honda semenyih. punyalah penat semalam sebab lepas ambik kereta tu terus gi buat tinted, tu yang tak perasan dah termissed nak buat artikel semalam hahaha. padahal alasan.

semuanya berjalan dengan baik, mama papa pun datang support. kawan-kawan seperjuangan pun semua pakat mai bagi sokongan. dan dah tentu amit ada sekali. kawan aku si amit ni lah yang bertanggungjawab bawa aku masuk dalam dunia bisnes ni.

untuk aku achieve apa yang aku dapat hari ni, dapat beli rumah beli kereta, semua hasil daripada peluang yang dia offer kat aku dulu yang masa tu aku dah macam orang hilang arah dah tak terurus dah. dengan mental down, takde keyakinan diri, semua tu lah.

cuma berbekalkan kepercayaan kat dia je, alhamdulillah sampai sekarang aku masih follow rapat-rapat setiap direction. dan kereta honda city ni salah satu permulaan yang baik untuk aku kerja kuat dan tolong ramai lagi orang yang tengah struggle macam aku dulu.

so besar tanggungjawab dan amanah yang nak kena pikul. apa pun aku dah bersedia untuk pikul harapan dan impian ramai orang. aku usaha buat yang terbaik dan bantu seramai mana nak sama-sama survive dan sukses dalam keadaan ekonomi tengah tenat ni.

dan untuk kereta honda city ni, actually sebenarnya aku hadiahkan untuk isteri aku yang tersayang. sebab selama ni dia selalu ada dengan aku. susah senang dia je tau apa yang jadi dalam kehidupan kitorang. masa tapak aku niaga kat downtown kena tutup, dia lah yang nak niaga goreng pisang kat bawah flat.

dia lah yang sanggup bangun pukul 3 pagi standby masak sambal, lauk-lauk semua nak meniaga nasi lemak pulak. dia lah yang duk pikul bakul niaga turun tangga daripada tingkat 17 sampai bawah sebab lif rosak, kononnya taknak kacau aku tidur sebab aku baru balik niaga malam.

hadiah kereta ni tak mampu dan tak terbalas jasa isteri aku yang dah melahir dan membesarkan 2 orang anak kitorang. dan apa yang buat aku lagi terkejut bila isteri aku bagitau semalam yang dia pregnant anak kitorang yang ketiga. ya ALLAH syukur alhamdulillah.

aku tak sangka langsung, rupanya isteri aku pun hadiahkan untuk kami semua baby alhamdulillah. ni dah tentu buatkan aku lagi nak kerja kuat, dan nak tolong lagi ramai orang. sekarang ni fasa yang agak kritikal disebabkan ekonomi tak boleh nak jangka.

ramai yang kena buang kerja, ramai yang diberhentikan sebab company nak kurangkan staff, ramai yang berniaga tapi sales tak okay. masalah itu akan sentiasa ada. so macam mana sekalipun kita jangan terlampau fokus kat masalah.

kena sentiasa cari peluang apa yang ada, untuk kita bukan setakat bertahan tapi boleh keluar daripada masalah tu. apa-apa pun kita sendiri yang decide kita sendiri yang tentukan. aku share dengan korang peluang tu insha ALLAH, whatsapp je aku.

esok insha ALLAH aku ceritakan pengalaman bawa kereta honda city. memang sedap kereta ni, dia punya stereng tu sedap je pegang. tu belum cerita lagi pasal minyak dia, aku duk ulang alik cheras semenyih cheras semenyih balik baru 2 bar je turun hahaha.

memang jimat betul. okay aku nak sambung buat kerja yang lain. boleh layan gambar-gambar masa ambil kereta semalam. kredit kat kawan-kawan dengan mama papa yang ambil gambar ni. jumpa next artikel geng assalamualaikum.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge