Hadiah penting untuk isteri walaupun belum hari jadi

Laki-mana-tak-sayang-isteri

Kesian aku bila tengok isteri kat rumah setiap hari. Walaupun dia suri rumah, tapi nak menguruskan dua orang anak lelaki tu memang tak senang. Cabaran dia lagi besar kalau nak dibandingkan kita lelaki yang duk keluar setiap hari.

Ye, mungkin kita rasa kerja kita tu lagi mencabar daripada dorang isteri. Hari-hari naik motor keluar pagi balik malam. Kita rasa dah azab sangat dah ni setiap hari kena hadap benda yang sama.

Kalau macam tu pun kita dah merungut, isteri lagi lah teruk kerja yang dorang nak kena buat. Mana nak mandikan anak lagi. Cuci baju kemas rumah basuh pinggan yang dah berlambak.

Nak kena lap lagi habuk-habuk kat dalam rumah. Tu belum kira bila anak meragam tak tentu pasal. Yang si abang cara perangai si abang. Yang si adik cara perangai si adik. Masing-masing tak nak mengalah nak tunjuk hebat dorang.

Kesian kat isteri

Yang jadi tekanan dah tentu-tentu lah isteri kita kat rumah. Siapa yang takde anak memang tak rasa lah pressure tu macam mana. Stress dia tak payah nak cakap lah. Abang style dia bila disuruh makan tak nak makan.

Bila disuruh mandi tak nak mandi. Kerja dia mengadap telefon je 24 jam tak berhenti. Sekali marah, sekali diam. Lepas tu ulang balik. Tu belum lagi bila dia mengusik adik dia. Dah tak pasal-pasal melalak.

Yang si adik pula kejap nak nenen, kejap nak menyusu. Uih pening gila kepala bila tengok isteri melayan kan anak. Dah terkedek-kedek isteri aku yang tengah lipat baju tu nak kena pergi jerang air guna cerek. Nak beli heater pemanas air tu kononnya waktu tu tak mampu.

Yelah berapa sangat gaji aku ini kalau nak diikutkan dengan isteri tak kerja lagi. Duit tu memang cukup-cukup nak bayar sewa rumah, bulanan motor dengan komitmen yang lain lah macam bil air dengan api semua tu.

Benda tak boleh nak jangka

Ada sekali tu, tak silap aku tengah malam. Macam biasa lah melayan budak-budak tu memang bini aku tak dapat tidur. Aku dah hanyut dah sebab esok nak kena bangun pagi. Aku biarkan je isteri aku sampai lah dia tertidur sendiri dengan budak-budak.

Tiba-tiba anak aku yang kecil tu merengek tengah malam. Biasanya kalau macam ini nak menyusu lah ini dia. Bangunlah isteri aku balik dalam keadaan dia tengah mamai tu pergi jerang air.

Aku pun tepuk-tepuk lah anak aku supaya diam. Dalam duk tepuk tu aku terlelap kejap. Sekali tiba-tiba aku dengar bunyi letupan yang kuat gila lah. Kedebom!!! Macam bunyi bom meletup memang kuat gila. Melompat aku daripada atas tilam.

Terus aku letak anak aku dua-dua menyorok bawah katil. Rupanya cerek yang bini aku masak air tadi meletup sebab air dah kering. Bini aku terlelap kat meja makan dekat 2 jam. Ingatkan sekejap je.

Kejadian tak di sangka-sangka

Terbang penutup cerek tu kena muka bini aku. Habis melecur pipi dia sebab panas. Aku tengok api dapur tu dah menyambar kain lap yang ada kat sebelah cerek tu. Cepat-cepat aku tadah air lepas tu siram supaya api tu padam.

Alhamdulillah nasib baik api tak berapa nak marak lagi. Bini aku kesian meraung-raung dia tahan sakit. Anak aku kat dalam bilik dah macam apa dah melalak. Aku tenang kan isteri aku balik supaya dia berhenti menangis.

Masa ini aku rasa tak best gila lah jadi seorang suami dan ayah. Benda ini bukannya baru. Dah banyak kali isteri aku cakap dia penat, dia penat. Aku je yang buat tak reti. Yelah kita lelaki, kita memang suka ego tak bertempat.

Yang jadi mangsa dah tentu isteri dan anak-anak. Aku kena buat sesuatu juga untuk mudahkan kerja isteri aku kat rumah. Sampai bila nak macam ini. Aku ini ketua keluarga. Kebajikan dorang aku mesti kena sentiasa utamakan.

Pengalaman jadi pengajaran

Lepas daripada kejadian tu, aku nekad nak mudahkan kerja isteri aku kat rumah. Senyap-senyap aku pergi beli penapis air yang ada panas sejuk siap-siap tu. Benda ini aku taknak bagitau kat dia. Kalau dia tau dah confirm-confirm dia mengamuk punya. Mesti dia cakap dia taknak sebab takut menyusahkan aku.

Aku dah mula sedar yang sebelum ini aku banyak berkira dengan isteri aku. Itu sebabnya rezeki aku selalu rasa macam tak cukup je. Apalah sangat ringgit yang aku nak kena belanjakan sedangkan benda ini untuk kemudahan isteri dan anak-anak aku juga. Aku kena kurangkan lah beli rokok macam sebelum ini.

Alhamdulillah, isteri aku suka sangat bila dapat tahu aku belikan dia penapis air. Menangis-nangis dia cakap terima kasih. Aku ingatkan dia nak marah. Rupanya dah lama dia pendam tapi dia takut nak meluahkan. Tengok muka isteri senyum je, dah buatkan hati jantan aku ini cair.

Aku harap dengan pemberian yang tak seberapa ini keluarga kitorang lagi bertambah bahagia. Kadang isteri ini bukannya nak intan berlian emas permata sangat pun. Tak payah tunggu hari jadi pun. Kau cuma perlu bagi hadiah yang tepat untuk dia, di waktu yang tepat.

Macam tu je.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge