Sayang, kenapa sayang pergi tinggalkan abang? Apa kurangnya abang nak dibandingkan dengan lelaki lain? Abang dah cuba jadi kekasih yang terbaik untuk sayang. Tapi kenapa sayang tak menghargai langsung pengorbanan abang demi nak memperjuangkan hubungan cinta antara kita berdua?
Abang sedaya upaya tanpa pernah ada rasa lelah langsung sanggup nak perbaiki segala kekurangan yang ada dalam diri abang.
Abang tau lah abang ini tak sempurna kalau nak dibandingkan dengan lelaki lain yang pernah sayang kenal. Abang mungkin tak setampan mereka. Harta juga tidak melimpah ruah.
Tapi terus terang abang bagitau, setiap hari abang akan berusaha mencari jalan untuk nak perbaiki tahap kewangan abang sekarang. Atau mungkin ke sayang malu disebabkan pekerjaan abang sekarang ini sebagai seorang peniaga pasar malam.
Hati manusia senang berubah
Dulu sayang pernah bagitau abang, yang sayang tak kisah pun tentang pekerjaan abang. Sayang kata yang penting abang cintakan sayang, itu dah cukup baik dah untuk sayang. Tapi kenapa sekarang ini sayang berubah?
Apakah sebab sayang dah mula ramai kawan dan itu buatkan hati sayang berubah daripada cintakan abang sebelum ini, sekarang beralih arah kepada orang lain. Abang tak faham sayang.
Kalau itu yang menyebabkan sayang dah tak suka dengan abang lagi, abang terpaksa terima walaupun abang tak rela. Abang rasa kita dah pernah berjanji akan sentiasa setia walau apa sahaja dugaan yang datang untuk menguji cinta kita.
Ternyata ujian itu sendiri terasa berat untuk abang ataupun untuk sayang pikul. Abang boleh terima kalau sayang tinggalkan abang disebabkan kesalahan yang abang buat.
Iman rapuh tak bermaya
Bila sayang putuskan untuk taknak teruskan hubungan kita ini, memang hancur berkecai hati abang ini tau tak. Sayang percayalah, abang dah takde siapa lagi dah dekat dunia ini untuk abang curahkan kasih dan sayang. Sejak lahir abang memang dah yatim piatu.
Tinggal dengan nenek abang, dan sekarang ini beliau pun dah meninggal dunia. Abang sebatang kara langsung tak kenal saudara mara ataupun sesiapa sahaja yang boleh buat abang rasa bahagia.
Abang cuma ada sayang seorang je. Sayanglah selama ini yang selalu ambil berat tentang abang, makan pakai abang, sakit pening abang, tapi abang betul-betul tak sangka lah sayang boleh tinggalkan abang macam tu saja.
Sampainya hati sayang buatkat abang macam ini. Abang rasa abang dah tak nak teruskan lagi memperjuang apa yang tak mungkin abang miliki. Hati sayang abang tak boleh nak paksa.
Pergi jauh kau daripada hidup aku
Kalau macam itu baiklah. Sayang pergilah teruskan kehidupan sayang dengan orang yang sayang cintakan sangat-sangat. Jangan sekali-kali mendustakan kekasih sayang yang ini pula. Biarlah abang pergi tinggalkan bandar ini lagi.
Dah takde apa yang abang mahukan bila keadaan jadi macam ini. Lebih baik abang tak wujud atas muka bumi ini lagi. Daripada jadi sampah masyarakat dihina dan dicerca tanpa belas kasihan.
Abang doakan semoga sayang sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa. Abang redha dengan setiap apa yang berlaku. Abang yakin mesti ada hikmah. Biarlah masa yang menentukan apa yang akan terjadi keesokan hari.
Inilah sandiwara dunia. Penuh dengan muslihat dan tipu daya. Hanya yang kuat imannya yang akan bertahan. Yang lemah akan termakan dengan godaan syaitan. Satu pesanan abang kat sayang. Ingat sampai bila-bila. Ingat sampai mati.
Abang takkan cari sayang dan sayang jangan sekali-kali cari abang. Salam.
Artikel menarik untuk anda:
Minyak wangi sebagai pemikat hati suami
Menjadi seorang isteri yang solehah, mesti kena pandai pikat hati suami. Ada sesetengah isteri zaman sekarang ini kurang mengambil berat tentang hal…... Baca selanjutnya »
Jangan pernah sakiti hati ibu bapa
Kadang-kadang aku ini suka merenung. Aku suka flashback balik kehidupan aku yang lama. Bukanlah maksudnya aku masih tak boleh move on dengan…... Baca selanjutnya »
3 amalan buatkan hati jadi lebih tenang
Benda ini terlampau subjektif nak cakap. Sebab setiap orang lain cara dia nak dapatkan ketenangan hati ini. Tipu lah kalau kata takde…... Baca selanjutnya »
Badan berbau, lelaki ini ditinggalkan kekasih hati
Dulu ada seorang budak lelaki. Dia ini memang tak suka pakai minyak wangi. Tak tahulah kenapa. Bila tanya kat dia, takde alasan…... Baca selanjutnya »
Naluri hati seorang anak
Balik daripada office awal sikit hari ini. Hari Jumaat, mood nak bekerja pun ke laut. Hati ini duk tengah runsing fikirkan tentang…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions