Handling Honda City 2020 terbaik

82299653-2cbe-42d7-a0d3-bb337d16c4d9

Dalam masa nak dekat 3 minggu aku duk bawak kereta Honda City 2020 ni, adalah berapa orang kawan aku dah pernah test drive kereta ni.

Aku memang terharu sangat bila dorang nak cuba bawak. Yelah kalau takde dorang, mungkin aku tak dapat achieve untuk nak beli kereta ni.

Sebab dorang selalu support aku dalam bisnes aku duk buat. So perkara pertama yang dorang perasan bila drive kereta ni dorang akan cakap.

Weyh sabri, sedap gila handling kereta kau ni. Smooth gila weyh bila pegang. Lain macam ni.

Hahaha. Betul lah tu. Aku ingat aku sorang je yang perasan kereta ni handling dia sedap. Rupanya dorang pun perasan.

Aku tak tau sangat pasal kereta sebab aku bukan lah jenis yang kaji pasal kereta. Tapi dorang cakap kereta ni guna stereng eletronik. Tu yang buatkan bila bawa kereta ni sedap pegang.

Semalam masa aku try bawa sampai 160 kilometer sejam, memang aku dapat rasa stereng kereta ni jadi tegap semacam. Aku pegang pun rasa kemas je takde rasa gegar sangat.

Kalau bawa time slow, kira bawa dalam bandar lah kan, stereng dia lembut je nak pulas, kalau nak buat uturn tu senang je. Takde lah nak kena makan side sangat.

Tadi kawan aku kata, dia pernah bawa kereta Honda City version sebelum ni kawan dia punya, dia kata yang ni tak bergegar sangat. Memang beza dengan model yang tahun lepas.

Apa pun Honda memang dah improve part handling ni dengan sangat baik. Dia lah yang cakap, dan kawan aku ni pakai kereta Proton X70 tapi bila bawa Honda City ni tadi, senyum je manjang.

Aku tau mesti dia puas hati gila. Mungkin ada part yang tak sama dengan kereta yang dia beli. Apa benda tu aku tak tahu lah. Nanti aku korek-korek daripada dia. Hahaha.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge