HANYA UNTUK KAMU ANAKKU

IMG_20190817_233813_677

Bila aku lihat ke wajah anak-anak yang gembira, buat aku rasa terhibur dengan gelagat comel dan manja mereka,

Setiap waktu yang berlalu, makin meningkat hari makin meningkat pula usia, rindu pula bila teringat waktu kelahiran,

Saat mengazankan ke telinga ketika masih di hospital, aku tenung wajah kedua mereka dengan renungan yang penuh insaf,

Betapa besar nya tanggungjawab harus aku pikul demi mendewasakan mereka dengan sebaik-baik yang termampu,

Membuat sesuatu keputusan kali ini bukan sahaja demi kepentingan diri malahan apa yang lebih penting adalah masa hadapan mereka,

Bagaimana aku harus bangkit keluar daripada kawasan selesa yang aku diami dalam masa sama buatkan aku menjadi seorang yang terkebelakang,

Saat memutuskan untuk bertukar ke peluang kerjaya dimana aku berada sekarang, bukan satu langkah mudah dan serta-merta,

Jika hanya untuk melepaskan tekak sendiri, mungkin tiada kepentingan untuk aku cuba perkara lain yang perlukan aku untuk bermula daripada awal semula,

Namun aku hanya ada 2 pilihan. Sama ada terus duduk dan menunggu peluang untuk mengubah hidup itu hadir,

Atau dengan memulakan langkah pertama mencabar diri dimana telah ramai yang telahpun berubah kehidupan mereka,

Takut, gementar, malu semuanya aku ketepikan. Walau pada awalnya agak sukar, namun lama kelamaan ianya tidak lah susah mana seperti yang disangka,

Benar. Ada kala semangat itu berada di tahap memuncak, ada kala semangat meruntun menahan perasaan hiba,

Saat menyedari sebenarnya aku kini dikelilingi oleh orang-orang yang mahu melihat aku berjaya,

Kekuatan itu meresap hadir dari pelbagai arah. Aku bersyukur dikurniakan rezeki berada bersama dengan ramai pejuang kehidupan,

Yang mana matlamat mereka adalah satu. Keluar daripada kepayahan hidup yang dialami kini lalu tekun dan sabar mengejar kejayaan yang di idam-idamkan,

Aku mahu menjadi orang yang berjaya. Aku tahu kau pun sama. Percayalah, kejayaan tidak akan mengkhianati usaha,

Selagi mana kau mahu berubah dengan memulakan satu langkah kanan, langkahan itu sendiri sebenarnya sedang dinilai oleh Tuhan Yang Maha Penyayang,

Dan percayalah, saat kau sedar yang kau masih belum terlambat untuk mengambil tindakan, sebenarnya kau sudah selangkah mencapai apa yang kau idam-idamkan,

Aku hanya mahu melihat senyuman anak-anak ku ini masih sama disaat aku sedang terbaring dikala waktunya sudah tiba,

Ketika itu mereka bisa berbangga. Bahawasanya semua yang aku lakukan selama ini hanya untuk mereka,

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge