Alhamdulillah 8 haribulan 3 adalah tarikh dimana kami disatukan sebagai suami isteri. Syukur alhamdulillah hari ni genap sudah 5 tahun. Walaupun perkenalan kami sudah berusia hampir 10 tahun namun rasa macam baru semalam saja berjumpa.
Masih ingat lagi tahun 2008, waktu kali pertama bersua muka, masing-masing terdiam seribu bahasa. Yelah. Borak pun sebelum ni hanya melalui sms sahaja. Itu pun dapat nombor sebab salah call. Lepas tu masing-masing bertukar link Myspace.
Bibit-Bibit Percintaan
Bila decide nak jumpa, dua-dua malu. Yelah umur baru 18 tahun. Wife masa tu baru berusia 17 tahun. Tengah spm. Disebabkan tempat niaga dekat je dengan rumah dia tinggal, boleh kata setiap hari jumpa dan lepak makan. Masa tu rasa happy sangat. Bahagia je rasa.
Bila dah lama-lama kenal mula timbul rasa sayang. Disebabkan sebelum ini tak pernah bercinta secara serius dengan mana-mana wanita yang pernah kenal, jadi memang berharap percintaan ni berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Akhirnya Disatukan
Tahun 2012 kami ambil keputusan bertunang dan 2014 adalah tahun di mana kami di ijab kabulkan sebagai suami isteri. Perkahwinan yang diadakan secara sederhana di Sandakan Sabah iaitu kampung kelahiran isteri telah dihadiri dengan sanak saudara dan keluarga kedua-dua belah pihak.
Walaupun masih muda dan masing -masing baru mula nak bina kerjaya, namun tetap tekadkan hati perkara yang wajib jangan ditangguhkan lama-lama. Berbagai-bagai perasaan datang dan pelbagai dugaan yang menimpa, namun tetap kami hadap satu-satu dengan sabar.
Harapan Dan Doa
Ini semua hanyalah permulaan. Kedepan, lebih banyak lagi yang bakal kami tempuhi. Pesanan dari orang tua dan yang lebih berpengalaman tidak pernah kami endahkan. Kami akan sentiasa perbaiki kelemahan diri masing-masing demi masa depan 2 orang anak yang sedang membesar dengan sihat.
Syukur selalu dengan setiap pemberian yang telah Allah kurniakan dan sabar dengan setiap ujian yang menimpa. Semoga kami berdua dikurniakan kesihatan yang baik dalam membina keluarga yang harmoni dan doakan semoga ikatan kami jalin berkekalan bahagia hingga ke Jannah.
Amin ya Rabbal Aalamin.
Artikel menarik untuk anda:
OKAYLAH AKU MOVE ON
Aku nikmati aiskrim sundaae coklat dengan penuh nikmat sekali. Lama dah tak pekena aiskrim ni. Sejak aku berpisah dengan teman wanita ku…... Baca selanjutnya »
AKU JUGA SAMA
Aku pada tahun 2016. Aku rasakan hidup ketika ini sangat mencabar. Selang beberapa tahun sahaja selepas baru berkahwin dengan isteri. Allah izinkan…... Baca selanjutnya »
KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR
Puas rasa hati bila setiap hari dapat berikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Melihat keletah mereka bermain dan bermanja, buatkan aku rasa…... Baca selanjutnya »
KITA SAHABAT KITA SAUDARA
Hari ini kami dibawa beriadah oleh pengurus pasukan jualan HM Syima Alamuddin dan boss Asyraf Fadzil bermain bowling di salah sebuah pusat…... Baca selanjutnya »
MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN
Tekak terasa nak makan makanan Korea pula hari ini. Jadi aku dan isteri mula berfikir nak makan di mana ya. Tujuan asal…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions