HAPPY FATHER’S DAY PAPA

Papa-sentiasa-bawa-kemana-mana

Papa.. Papa ingat lagikan masa Abie kecil-kecil dulu, papa bawa Abie pergi Singapura pergi rumah Ongah. Masa itu umur Abie baru 5 tahun macam itu. Abie nak sangat ikut Papa jalan-jalan sekali sebab nak merasa naik kapal terbang dan naik kereta api. Pengalaman pertama Abie walaupun dengan kepala bertampal.

Itu lah ubatnya bila dah nakal sangat tak pasal-pasal berjahit dahi. Hari-hari keluar rumah pergi main dengan kawan-kawan tak ingat nak balik. Kan Mama ada pesan kalau tak boleh keluar jangan keluar tapi tak ikut cakap, nak juga keluar. Masin mulut mama bila keluar je terhantuk dekat tangga habis berdarah-darah. Sampai sekarang masih tinggal lagi bekas.

MELAYANI KARENAH ANAK YANG SEDANG MENINGKAT DEWASA

Papa.. Papa ingat lagikan masa Abie baru nak merasa dunia luar waktu lepas habis sekolah. Kita sama-sama niaga, Papa suruh Abie jaga kedai dekat Chowkit dan Papa pula jaga kedai dekat Downtown Cheras dengan Hafiz. Lepas habis tutup kedai kat Chowkit Abie sambung jaga dengan Papa sampai lewat pagi. Banyak yang Papa ajar selok belok berniaga.

Abie teringin nak lepak dekat mamak tengok bola. Masa itu tiada kawan Abie nak ajak teman sebab semua kawan-kawan Abie dekat Kedah. Papa pun layankan Abie naik van merah pergi Jalan Telawi Bangsar. Kita makan dekat kedai Nasi Kandar Pelita. Abie order nasi goreng pattaya, sedap nasi goreng dia. Seronok akhirnya dapat juga tengok bola live kat kedai mamak. Meriah sangat.

SENTIASA BERADA BILA DIPERLUKAN

Papa.. Papa ingat lagikan Abie teringin nak pergi tengok wayang lewat malam. Selalu minta nak keluar malam tapi Papa penat baru balik niaga. Tapi Abie nak sangat merasa tengok wayang waktu hari dah lewat sebab Abie suka tengok suasana pasar raya yang dah ditutup sebab kalau pergi awal-awal orang ramai.

Satu hari itu Papa bawa juga Abie pergi tengok wayang malam-malam dekat Leisure Mall. Abie pun dah tak ingat cerita apa waktu itu sebab Abie dah terlampau seronok, walaupun tak faham Abie tengok je. Bila dah habis baru Abie perasan, lepas Papa dah beritahu yang cerita kita tengok tadi daripada mula sampai habis dekat atas kapal je. Langsung tiada adegan dekat atas tanah. Abie tengok je, tapi tak perasan hehe.

MOGA DALAM RAHMAT ALLAH SENTIASA

Papa.. Abie nak Papa tahu, walaupun Abie dah ada kehidupan Abie dengan keluarga Abie sendiri, namun tak pernah sekalipun Abie lupakan jasa Papa dalam membesarkan Abie. Walaupun Papa tak pernah tunjukkan depan-depan, tapi Abie dan adik-adik tahu yang Papa sentiasa sayangkan kami semua.

Abie sentiasa doakan Papa sentiasa dipermudahkan urusan selalu, diberikan kesihatan yang baik dan terus kuat dalam menempuh hari yang mendatang. Abie bangga menjadi anak Papa kerana Papa telah buktikan walaupun keluarga kita bukan daripada kalangan keluarga senang, tapi kebajikan dan kasih sayang yang Papa dah berikan tidak ternilai dengan seluruh harta yang ada diatas muka bumi ini.

Papa lah idola Abie sepanjang hayat. Papa dah buktikan yang setiap kerja keras itu pasti Allah akan bayar setimpal. Tiba masa giliran Abie pula meneruskan perjuangan Papa. I love you Papa.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge