Hasil itu rezeki Allah, tapi usaha tetap kena buat

jelas-dengan-tujuan

Kita sebagai manusia ini merancang, tapi Allah juga lah sebaik-baik perancang. Ada perkara yang kita rasa baik untuk kita, tapi sebenarnya tak baik untuk kita. Ada perkara yang kita rasa tak baik untuk kita, sedangkan perkara tu lah yang terbaik untuk kita.

Macam keliru kan, tapi itulah realiti kehidupan. Sebab itu bila kita buat satu-satu kerja itu, hasil dia kita tak boleh nak kawal. Bukan kita yang gerakkan hati orang-orang yang terlibat dalam urusan kerja itu supaya kita mudah dapat hasil. Yang kita boleh kawal cuma kerja bahagian kita saja.

matlamat mesti terang dan jelas

Jelas dengan tujuan

Untuk nak dapatkan satu-satu target ataupun matlamat, paling penting kita kena clear dengan matlamat kita itu. Dan dah tentu matlamat yang kita nak capai itu kena realistik bukan target yang kita main tembak je. Kita kena spesifik kan matlamat kita itu.

Kemudian rangka lah kerja-kerja yang boleh disusun untuk nak capai apa yang kita hajatkan tadi. Rangka satu part, yang paling penting sekali ialah tindakan kita. Action kita yang mainkan peranan sebenarnya. Plan pun tapi tak buat tak guna juga.

susun cara kerja dengan baik

Buat kerja dengan bersungguh

Jadi bila dah ada tugasan yang perlu diusahakan, kena lah disiplin buat betul-betul. Buat dengan penuh perasaan, kena menjiwai setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa sematkan dalam hati setiap apa yang aku lakukan ini Allah nampak dan Dia menilai.

Buat je kerja kita sebaik-baiknya. Kalau penat rehat, kalau lapar makan. Jangan kita judge sesuatu perkara itu sebelum kita buat. Contohnya malas nak tegur customer yang datang sebabkan pamakaian customer itu nampak selekeh. Tak baik tau ada fikiran macam ini.

buat sampai jadi

Hidup sentiasa positif

Hati kita sentiasa penuh dengan tompok hitam, suka menyakiti orang dan berada dalam suasana yang negatif. Menuduh orang tanpa usul periksa. Bersangka buruk dengan semua. Orang yang macam ini hati dia takkan tenang.

Dia hidup dalam kepura-puraan dan selalu disisihkan. Zaman sekarang ini takde orang yang duduk goyang kaki duit masuk. Semuanya kena kerja keras dan bijak. Sedangkan orang yang dah kaya raya pun masih kuat bekerja. Apa alasan kita pula duk baring malas?

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge