Janganlah sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu perkara yang belum tentu kesahihannya kerana secara tidak langsung jika perkara yang disebarkan itu tidak benar, pasti akan menjadi satu fitnah besar yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka orang lain. Ini adalah perkara yang serius dan tidak boleh dipandang sebelah mata.
Pernah tak terfikir macam mana kalau orang lain menceritakan perkara yang tidak betul terhadap diri kita sendiri? Pasti akan berasa marah dan tidak puas hati bukan? Kita tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan seperti yang dituduh namun tetap juga dipaksa mengakui perkara yang tidak terjadi.
FAHAMI PERASAAN ORANG LAIN
Sedangkan dah berkali-kali cuba untuk menjelaskan hal yang sebenar tapi apakan daya perkara yang batil juga yang dicanang merata-rata. Dengarlah dahulu barang sebentar apa yang ingin diluahkan dari dalam isi hati sebelum menempelak tanpa usul periksa. Seberapa dalam kita kenal dengan orang yang telah difitnah itu.
Tidak adil menilai hanya daripada luaran sahaja apatah lagi penilaian yang dilakukan secara semberono itu menyebabkan orang lain turut terpengaruh dengan dakyah palsu yang digembar-gemburkan. Kita sendiri yang sudah diberikan akal yang sempurna harus bijak menilai baik dan buruk sebelum menjatuhkan hukum terhadap orang lain apatah lagi ianya kini mudah disebarkan di media sosial.
JANGAN SUKA MENGHUKUM
Sebenarnya sama ada sedar atau tidak, apa sahaja yang kita buat sentiasa ada malaikat yang mencatat setiap hal kebaikan mahupun kejahatan yang dilakukan. Pasti di akhirat kelak kita akan dipertanggung jawabkan di hadapan semua orang di padang mahsyar. Waktu itu sudah terlambat untuk meminta maaf pada orang yang telah dikhianati tadi.
Segala amalan baik yang telah dilakukan di atas muka bumi yang membolehkan kita masuk ke dalam syurga Allah akan terhalang hanya kerana belum memohon maaf kepada tuan empunya badan. Waktu itu masih ada kah ruang dan peluang untuk menemui semula orang yang telah kita fitnah dan kita hentam tadi?
AZAB ALLAH AMAT PEDIH
Hentikan penyebaran perkara-perkara palsu yang membuatkan bukan orang yang telah difitnah itu sahaja terasa hati malahan seluruh keluarga, anak isteri, saudara mara dan rakan taulan juga akan turut bersedih dan tentu tidak dapat menerima kenyataan atas perkara yang terjadi. Fahamilah perasaan insan lain yang turut sama terkena tempias.
Semoga dibulan Ramadhan yang mulia ini, kita lebih perbanyakkan amalan-amalan baik yang mendatangkan pahala berlipat kali ganda. Buat mereka yang sentiasa diuji, banyakkanlah bersabar dalam menempuhi dugaan. Pasti ada hikmah disebalik segala kecelaruan dan kesulitan yang berlaku. Moga kita semua dimurahkan rezeki selalu.
Artikel menarik untuk anda:
BUKAN DISINI PASTI DISANA
Aku perhatikan kereta yang lalu lalang didepan. Semuanya bergerak dengan laju dan pantas. Betul lah kata orang bila tinggal di bandar…... Baca selanjutnya »
AJAIBNYA AMALAN BERSEDEKAH
Amalan bersedekah amat dituntut dalam Islam. Kita digalakkan supaya sentiasa membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa…... Baca selanjutnya »
ERTI SAHABAT
Kehidupan kita setiap hari dikelilingi oleh ramai sahabat yang sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar. Mereka secara tidak langsung merupakan salah satu…... Baca selanjutnya »
KITA PEJUANG
Aku orang bisnes. Setiap hari aku akan bertemu dengan bermacam-macam manusia. Pelbagai ragam dan karenah aku temui bila aku keluar rumah dan…... Baca selanjutnya »
KELUARGAKU BAHAGIA
Momen yang paling terindah sekali dalam hidup ialah waktu berkualiti yang diluangkan bersama keluarga. Apabila meningkatnya usia, tinggal pula di kediaman yang…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions