Cinta, kasih dan sayang adalah perasaan yang dikurniakan oleh Allah SWT buat seluruh hambaNya yang berada di atas muka bumi. Apabila semua manusia saling berkasih sayang antara satu sama lain, maka waktu itu tiada manusia yang melakukan keburukan mahupun kejahatan. Saling lengkap melengkapi dengan utuh dan erat.
Bayangkan dunia yang dipenuhi kebahagiaan, pasti akan memberi kegembiraan dan menambah nilai hidup. Suami menyayangi isterinya, ibu menyintai sang anak, yang kaya menghulur bantuan buat yang miskin, muda menghormati yang lebih tua. Begitu indah dan begitu mendamaikan. Suasana seakan begitu harmoni.
MANUSIA BERHATI SYAITAN
Namun kenapa masih ada manusia yang berhati binatang dengan rakus merenggut warna keceriaan yang terpancar diwajah seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Di bumi dimana mereka dilahirkan, mereka menjadi pelarian dan diburu setiap hari. Menjadi mangsa kebiadapan, melihat rakan-rakan sepermainan di siat kulit mereka dengan kejam.
Lebih menyayat hati, hilangnya tempat bergantung serta-merta. Ibu bapa mereka telah di bom di depan mata. Berkecai seluruh isi badan ibu yang sedaya upaya mahu menyelamatkan insan yang paling disayang. Bapa pula ditembak bertalu-talu, habis terburai seluruh isi badan hinggakan sang anak sudah tidak kenal lagi rupa ayah.
DIMANA PERI KEMANUSIAAN
Tinggal lah mereka keseorangan mengharapkan bantuan. Walau telah terhimpit di celahan timbunan dinding yang runtuh menghempap badan, masih berteriak sayu memohon agar diselamatkan daripada kesakitan yang tidak tertanggung. Berdoa supaya penderitaan yang dialami segera berhenti dan meminta ampun agar diri tidak terus dibantai.
Bantuan yang hadir juga menyerahkan takdir nyawa hanya pada Yang Maha Kuasa. Tiada siapa yang bisa meneka apa yang bakal terjadi kelak. Hanya berpandukan semangat jihad membantu seberapa ramai yang boleh tanpa mengharapkan pujian apatah lagi nama dan pangkat. Sedar ada lebih ramai anak kecil yang harus diberi peluang menjalani kehidupan sama seperti orang lain.
BUKALAH MATA
Bangunlah dunia. Sedarlah bahawasanya masa semakin sampai ke penghujungnya. Bencana dan malapetaka yang telah diramalkan semakin hari semakin menampakkan yang sudah seperti tiada jalan penyelasaiannya. Bila kuasa telah menjadi mutlak, bila ketamakan telah merajai diri maka tiada lagi rasa peduli akan kepentingan yang harus ada pada insan lain.
Sudah sampai masanya sama-sama berganding bahu menghulurkan barang sedikit apa yang boleh disumbang buat mereka yang benar-benar, ya mereka yang sebenar-benarnya sedang mengharapkan belas ihsan. Buktikan yang memang perasaan cinta terhadap darah seagama begitu menebal dalam sanubari. Kelak Allah pasti menilai setiap apa yang telah kita lakukan walau ianya hanya sekelumit.
Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa mengharapkan redha dan pengampunan dari Allah SWT.
Artikel menarik untuk anda:
SEMANGAT JITU
Melihatkan wajah anak-anak, sentiasa buatkan aku berazam bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik demi mereka. Sejak dari mereka lahir, hinggalah mereka membesar seperti…... Baca selanjutnya »
PENGORBANAN BUAT ANAK YANG TERSAYANG
Perkahwinan merupakan ikatan suci dua insan yang telah berjanji bersumpah setia hingga ke hujung hayat mereka. Saling sayang menyayangi antara satu sama…... Baca selanjutnya »
KUATKAN AKU
Guruh berdentum dengan sangat kuat. Angin ribut dan kilat sabung menyabung bagaikan membelah langit. Cuaca yang tadinya cerah terang benderang langsung bertukar…... Baca selanjutnya »
BUAT APA DISURUH, TINGGAL APA DILARANG
Anak-anak babah, janganlah sekali-kali kalian mendekatkan diri dengan perkara yang boleh merosakkan tubuh badan. Nikmat kesihatan yang telah Allah berikan itu sebenarnya…... Baca selanjutnya »
HENTIKAN PENYEBARAN CERITA PALSU
Janganlah sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu perkara yang belum tentu kesahihannya kerana secara tidak langsung jika perkara yang disebarkan itu tidak benar, pasti akan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions