Hampir 2 bulan duduk rumah sejak daripada mula perintah kawalan pergerakan. Jadi hampir setiap hari kita bersama keluarga daripada bangun tidur sampai lah tidur balik.
Kalau sebelum ini, nak duduk sama-sama dalam rumah memang susah sangat. Yelah, masing-masing sibuk dengan kerja. Ada yang kerja siang, ada yang kerja malam.
Kurang kemesraan bila jarang berkumpul
Jadi bila jarang bersama ini boleh rasa yang hubungan kekeluargaan itu kurang mesra. Kalau ada apa-apa yang tak sependapat, masing-masing nak menyalahkan satu sama lain.
Ada je yang tak kena. Yang abang salahkan adik. Yang adik salahkan kakak. Yang kakak salahkan pula mak ayah. Bila dah melibatkan mak ayah ini aku pun memang rasa sedih sangat.
Melakukan aktiviti yang berfaedah
Bila hari-hari berkumpul macam ini, secara tak langsung banyak aktiviti yang kita buat sama-sama. Masak sama-sama. Kemas rumah sama-sama. Basuh kereta sama-sama.
Yang paling bestnya bila dapat solat jemaah sama-sama. Allahu syahdu betul bila dengar ayah bacakan surah-surah yang mendamaikan hati. Tambah pula bila dalam bulan ramadhan macam sekarang.
Beramal dan menjalani ibadah bersama
Bersolat terawih sampai habis solat witir. Lepas itu ada pula tazkirah ringkas. Aku dapat rasakan satu kebahgiaan yang memang takkan dapat dilupakan.
Dapat rasa keharmonian, penuh dengan kasih sayang. Tak ada yang lebih baik daripada siapa-siapa. Semuanya kita sama satu keluarga. Sampai bila-bila pun akan ingat kenangan ini.
Istiqamah dan berkekalan sampai bila-bila
Aku harap tarbiyah dan hikmah perintah kawalan pergerakan dalam bulan ramadhan ini akan buatkan hubungan kita satu keluarga lebih kuat dan lebih erat daripada sebelum ini.
Kita tak ada siapa dalam dunia ini yang boleh diberi kepercayaan melainkan keluarga kita sendiri. Sayang lah dengan keluarga masing-masing dan sentiasa sebarkan nilai murni dalam kehidupan kita setiap hari.
Setiap hari. Wassalam.
Artikel menarik untuk anda:
3 tempat menarik bawa anak-anak berjalan selepas tamat tempoh kawalan pergerakan
Saya sendiri baru sedar sekarang ini betapa pentingnya kita meluangkan masa bersama dengan isteri dan anak-anak. Perintah kawalan pergerakan yang kita sedang…... Baca selanjutnya »
Hikmah solat berjemaah dirumah bersama keluarga
Sebagai seorang manusia, kita diciptakan di dunia ini sebagai hamba dan beribadah hanya kepada Allah SWT. Jadi setiap hari, seorang muslim wajib…... Baca selanjutnya »
Bila dalam kesusahan, keluarga sentiasa ada bersama
Mesti ada antara kita adik beradik yang hidup dia boleh kata senang dan selesa berbanding yang lain. Ada pula sesetengahnya berada dalam…... Baca selanjutnya »
3 kesan bila isteri pakai minyak wangi ketika bersama suami
Kalau ada yang perasan banyak kejadian yang kita tak suka dengar, berlaku di kalangan pasangan yang dah berkahwin kat Malaysia ini. Bergaduh…... Baca selanjutnya »
Ujian akan sentiasa ada bersama dalam hidup
Manusia sentiasa diuji dengan macam-macam dugaan. Sama ada bersedia ataupun tak bersedia. Ujian tu datang dalam macam-macam bentuk dan keadaan. Ada yang…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions