• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Sabrijati

  • Home
  • AKU SABRIJATI
  • ARKIB ARTIKEL
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Uncategorized / HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI

HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI

19 November 2019 by sabrijati Leave a Comment

Dalam kehidupan kita sehari-hari, ada kala kita merasakan apa sahaja perkara yang telah terjadi pada hari itu adalah suatu kebetulan tidak dijangka. Aku kadang merasakan perkara yang sama. Aku gemar untuk mencari maksud disetiap apa yang sedang berlaku di hadapan mata. Sama ada yang aku jelas nampak atau yang kelihatan samar-samar.

Mungkin kedengaran pelik bagi sesetengah orang, tapi entahlah. Aku sendiri tak boleh nak mengawal perasaan daripada berlaku. Aku adalah orang yang akan mengaitkan setiap perkara dengan situasi yang sedang aku alami. Bagi aku, apabila aku melihat sesuatu kejadian terjadi, ianya mungkin akan menjadi iktibar buatku dikemudian hari.

MAHU LARI ATAU HABISKAN

Percaya atau tidak, daripada sehari ke sehari kita akan sentiasa belajar perkara baru dalam hidup. Kalau perasan, akan ada cabaran-cabaran baru yang tidak diduga. Ada orang yang melihat cabaran itu sekadar hanya cabaran sahaja. Andai kata boleh diatasi, maka berjayalah tapi kalau ianya susah dan merimaskan, maka lari sahaja daripada cabaran itu.

Aku juga sama kategori seperti ini satu ketika dulu. Ingat senang ke nak hadap satu-satu, selesaikan masalah demi masalah dengan penuh sabar. Memang tidaklah. Rasa susah sangat, lari je. Ada banyak benda lain yang boleh diteroka dan dipelajari selok beloknya. Tak perlu nak fikir dalam-dalam sangat buat pening kepala je. Lebih baik tinggalkan dan buat perkara lain.

PROSES MELANGKAH KE PERINGKAT SETERUSNYA

Bagi pendapat aku, mentaliti seperti ini tidak ada salahnya. Mungkin bagi sesetengah orang, dengan cara itu akan membuatkan dia lebih menjadi seorang yang proaktif dan produktif. Lompat dari satu platform ke satu platform. Sampai nanti terjumpa yang sesuai dengan diri sendiri, waktu itu boleh bertahan sementara. Andai tiba-tiba berubah tidak seperti yang dimahukan, cari lagi.

Di tempat di mana aku berada sekarang, aku diajar bagaimana mahu berhadapan dengan apa sahaja cabaran dan rintangan yang sedang menghalang aku ketika ini. Aku harus menyelesaikan parkara tersebut supaya aku boleh melangkah ke peringkat seterusnya. Jika gagal, aku harus bangkit kembali melawan diri sendiri untuk pastikan kejayaan yang di impikan itu diperoleh.

BANGKIT MELAWAN DIRI DARIPADA KEGAGALAN

Sudah tentu, untuk aku mempunyai daya dan kekuatan itu, aku harus mempunyai visi dan misi yang besar untuk dicapai. Jika aku tidak besarkan impian yang aku mahukan, sudah tentu aku akan berhenti dipertengahan jalan. Untuk bangkit kembali melawan kegagalan, harus ada semangat juang yang tinggi untuk bangun daripada kejatuhan.

Di dunia luar sana, ada ramai lagi pejuang-pejuang kehidupan yang selama ini tidak pernah gentar tentang apa sahaja yang terjadi dalam hidup mereka. Ada yang bermati-matian berjuang demi mencari rezeki sesuap nasi untuk anak-anak, isteri dan keluarga tercinta. Bermandi peluh, bertumpahan darah demi menyara ibu bapa yang sudah uzur di rumah. Tidak pernah sekali terdetik mahu mengabaikan tanggung jawab yang harus dipikul.

HANYA MEMINTA PADA YANG SATU

Aku sememangnya tabik dengan kalian semua. Percayalah, andai satu masa nanti ditakdirkan yang kehidupan itu tidak seperti yang di impikan, sedangkan segala suruhan dan larangan Nya sedaya upaya telah ditekuni, yakin lah bahawasanya ada ganjaran yang lebin baik dişisi Sang Pencipta di negeri akhirat sana kelak.

Jadilah hamba yang sentiasa takut dan gentar dengan segala azab dan siksaan pedih yang telah dijanjikan. Insha Allah, moga kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang diberikan perlindungan di padang mahsyar yang sungguh dahsyat suasananya. Moga Allah mengampuni dosa-dosa para hamba Nya dan dipermudahkan urusan di dunia mahupun di akhirat, amin ya rabbal aalamin.

Artikel menarik untuk anda:

MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Entahlah. Kadang tu kita dah nampak sebenarnya apa yang boleh dicapai. Jalan tu memang dah terang lagi bersuluh lah orang kata. Boleh…... Baca selanjutnya »

MELAKUKAN PERKARA YANG KITA SUKA

MELAKUKAN PERKARA YANG KITA SUKA

Acap kali soalan ini di tanyakan kepada diri. Kau tak rasa susah ke bila buat jualan? Bukan ke kalau kita berniaga ini,…... Baca selanjutnya »

KEDAI BUKU YANG PELIK

KEDAI BUKU YANG PELIK

Aku belek satu persatu buku yang ada di kedai ini. Menakjubkan! Tidak pernah aku bayangkan ada kedai buku sebegini ajaib. Hampir setiap…... Baca selanjutnya »

KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR

KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR

Puas rasa hati bila setiap hari dapat berikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Melihat keletah mereka bermain dan bermanja, buatkan aku rasa…... Baca selanjutnya »

RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA

RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA

Esok, semua umat Islam akan mula berpuasa bagi tahun ini. Pastinya ramai yang teruja bagi menyambut kedatangannya. Sama juga seperti Sabri. Setiap…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT
Next Post: REALITI MELAWAN FANTASI »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • MENERIMA KETIKA MANA YAKIN DENGAN MEMBERI
  • PERGI TIDAK DIMINTA, HADIR TIDAK DIDUGA
  • REALITI MELAWAN FANTASI
  • HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
  • MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Recent Comments

  • sabrijati on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Juhaini on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Kerja Sendiri on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on MANA ANAK AKU

Archives

  • November 2019
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Uncategorized

Copyright © 2019 Sabrijati on the Foodie Pro Theme