Sebagai seorang manusia, kita diciptakan di dunia ini sebagai hamba dan beribadah hanya kepada Allah SWT. Jadi setiap hari, seorang muslim wajib untuk sentiasa memperbaiki dan meningkatkan amalan yang wajib mahupun sunat.
Solat adalah tiang agama. Mengerjakannya diwajibkan tidak kira lelaki atau perempuan. Semua yang sudah akil baligh wajib untuk solat. Kali ini saya kongsikan hikmah apabila kita bersolat secara berjemaah dirumah berbanding solat bersendirian.
Mengerjakan solat tepat pada waktu
Bila kita solat secara berjemaah dirumah dengan pasangan dan anak-anak secara tak langsung kita akan berusaha untuk solat di awal waktu. Melengah-lengahkan solat adalah satu perkara yang sangat tidak baik dan tidak disukai oleh Allah SWT.
Bila kita solat di awal waktu, secara tak langsung kita melakukan perkara yang Allah SWT suka. Solat di awal waktu juga merupakan satu rahsia dan amalan murah rezeki. Andai rasa seolah-olah rezeki seperti tersekat, cuba semak waktu solat kita balik.
Solat lebih tertib dan teratur
Apabila kita solat secara berjemaah di rumah, semestinya kita akan mengerjakannya dengan tertib dan bacaan dalam solat kita lebih tartil. Bersolat secara bersendirian akan menyebabkan kita tergopoh gapah mahu menghabiskan bacaan semasa mengerjakan ibadah.
Hati akan lebih tenang dan berasa lapang bila kita solat dengan baik dan tidak terburu-buru. Sekiranya kita menjadi imam di dalam solat, tentu kita tidak mahu jemaah yang berada di belakang kita mengerjakan ibadah mereka dalam keadaan tergesa-gesa.
Mengeratkan hubungan sesama keluarga
Hubungan kekeluargaan sudah tentu akan jadi lebih erat dan utuh. Mungkin sebelum ini kita terlampau sibuk bekerja hinggakan waktu untuk beribadah jadi tunggang langgang. Lebih bahaya masa dengan anak-anak juga terabai dan tidak menjadi keutamaan lagi.
Solat berjemaah boleh menjadi salah satu peluang untuk berkumpul beramai-ramai dan merapatkan lagi hubungan sesama ahli dalam rumah. Jika ditambahkan lagi dengan tazkiran selepas solat tentu lebih indah dan lebih baik daripada sebelum ini.
Sentiasa perbaiki solat supaya lebih baik
Menjadi tanggungjawab semua untuk sama-sama meningkatkan amalan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Solat adalah perkara yang paling utama dan amalan pertama yang akan dihisab di alam akhirat dan bila kita berdepan dengan Rabbul Jalil.
Saya juga insan biasa, jadi penulisan kali ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Adakala bila kita merasa tidak tenang dan rezeki seakan tersekat, adalah lebih baik kita semak kembali bagaimana kita mengerjakan solat lima waktu kita.
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua.
Artikel menarik untuk anda:
Ujian akan sentiasa ada bersama dalam hidup
Manusia sentiasa diuji dengan macam-macam dugaan. Sama ada bersedia ataupun tak bersedia. Ujian tu datang dalam macam-macam bentuk dan keadaan. Ada yang…... Baca selanjutnya »
BUKA PUASA BERJEMAAH
Hari ini kami berbuka puasa di rumah pengurus kami HM Syima dan Asyraf. Sudah berapa kali dah sebenarnya rancang nak berbuka sama-sama…... Baca selanjutnya »
Kenapa perlu pakai minyak wangi dirumah
First sekali artikel ini aku rasa sesuai untuk yang dah berkahwin. Mungkin nampak macam kelakar, kenapa kena pakai minyak wangi dalam rumah…... Baca selanjutnya »
HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
Dalam kehidupan kita sehari-hari, ada kala kita merasakan apa sahaja perkara yang telah terjadi pada hari itu adalah suatu kebetulan tidak dijangka….... Baca selanjutnya »
3 kesan buruk pada anak bila keluarga bermasalah
keluarga yang hebat datangnya daripada ibu bapa yang hebat. sebagai nakhoda kapal, seharusnya ketua keluarga memainkan peranan yang sangat penting. ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions