HINANYA PERHUBUNGAN SEDARAH

ada-manusia-yang-kejam

Ayah, tolong lah saya ayah. Saya merayu sangat-sangat dekat ayah ini. Tolonglah jangan buat benda ini kat saya lagi. Saya dah tak sanggup lagi dah ini ayah. Sakit ayah tau tak. Ayah ni jenis manusia macam mana ini sanggup buat perkara terkutuk macam ini dekat saya. Sanggup ayah gunakan saya untuk puaskan nafsu syaitan ayah sendiri.

Apa salah saya dah buat kat ayah, haaa? Saya ini anak ayah tau. Darah daging ayah sendiri. Kenapa ayah sendiri yang rosakkan masa depan anak ayah? Macam mana ayah saya nak teruskan kehidupan saya dengan keadaan saya macam ini? Ya Allah, kejam gila ayah buat kat saya sampai macam ini sekali.

HILANG HARAPAN UNTUK BERGANTUNG

Ayah sepatutnya jadi tempat untuk saya mengadu meluahkan perasaan saya. Jadi pelindung pada saya untuk saya hidup dekat atas muka bumi. Tapi sekarang ini ayah sendiri yang rosakkan seluruh hidup saya. Sampai mati saya kena tanggung rasa terhina dengan perbuatan yang ayah dah buat dekat saya. Perit gila saya rasa ini.

Tak cukup sekali, ayah ulang perbuatan ni banyak kali kat saya. Saya dah tak larat dah menangis minta ayah hentikan benda ini. Saya ini tak tau apa-apa ayah. Sanggup ayah ambil kesempatan terhadap saya. Kalau lah boleh air mata darah ini mengalir, dah tentu atas katil ini penuh dengan air mata darah saya ini ayah.

KENAPA AKU JADI MANGSA

Kalau ayah marah dengan mak sekalipun, kenapa kena saya yang jadi mangsa. Kenapa saya ayah? Ayah pernah terfikir tak kenapa mak selalu keluar dengan jantan lain? Kenapa mak tak pernah peduli dengan ayah ataupun saya? Perangai ayah yang memang kurang ajar dan selalu pukul orang itu takde siapa yang boleh tahan.

Ayah sedar tak? Dah lah ayah kaki judi, kuat minum arak. Bila balik rumah mabuk terus ayah bantai saya dengan penyapu. Sedangkan saya takde buat apa-apa pun. Lepas itu ayah hempaskan kepala saya dekat dinding, ayah ingat saya ini apa haaaa? Saya ini anak ayah tau tak.. Saya ni anak ayah tau tak. Anak ayah tau tak…….????

SELAMATKAN AKU

Saya tak tau sampai bila saya boleh bertahan dengan perbuatan ayah ini. Entah berapa lama lagi yang saya nak kena tanggung sampai lah ayah sendiri berhenti untuk teruskan perkara ini kat saya. Kalau diberi pilihan, saya taknak hidup dekat dunia lagi. Lebih baik saya mati daripada saya terus tanggung siksa macam ini.

Ya Allah kau tengoklah apa yang ayah aku dah buat dekat aku. Sanggup dia ambik kesempatan dekat anak dia yang bisu dan langsung tak boleh nak bercakap ini Ya Allah. Aku mohon kau ampunkan lah dosa aku andai selama aku hidup ini banyak melakukan kesilapan kepada Mu Ya Allah.

Sesungguhnya Kaulah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Tiada daya upaya melainkan hanya kekuasaan Mu dan keagungan Mu aku memohon ampun dan pertolongan. Selamatkan aku Ya Allah daripada kekejaman ayah aku.Selamatkan aku Ya Allah. Selamatkan aku…

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge