Hubungan cinta budak sekolah

cinta-pandangan-pertama

Awak ingat lagi tak masa kita mula-mula jumpa. Masa itu saya datang rumah awak sebab saya kan kawan dengan adik awak. Saya ingat lagi rumah awak dekat Gombak. Saya sampai rumah masa tu dah malam. Niat saya sebenarnya nak tidur sana sebab nak berkenalan dengan keluarga awak lah. Bukannya ada apa pun. Rancang dah lama dah, dari kat Kedah lagi kami dah plan kalau balik KL nak lepak Gombak.

Yelah, keluarga kawan saya kan? Bukannya orang lain. Itu je. Sebab dah banyak kali adik awak ajak lepak rumah dia. Masa sampai itu kat rumah ada adik-adik awak yang lain. Mak ayah awak belum balik niaga. Saya pun lepak lah dekat beranda rumah kat bahagian tingkat atas.

Tengah duduk-duduk kat beranda itu, saya perhatikan ada kelibat yang sedang menghala ke rumah. Sampai je kat depan pintu saya tengok lah daripada atas tapi tak nampak muka. Adik awak cakap kakak dia baru balik. Rupanya awak baru balik. Hati saya mula dah tak duduk diam.

Sebelum ini adik awak memang pernah bagitau yang dia ada kakak, tapi saya tak sangka pula nak jumpa awak malam ini. Lepas tu saya memang saya jadi gelisah. Saya dengar tapak kaki awak naik atas. Masa itu la kali pertama kita bertentang mata. Awak tengok saya, saya tengok awak. Adik awak perkenalkan yang awak kakak dia. Jantung saya terus berdegup laju tak berhenti.

Kali pertama bertentang mata

Cantiknya awak. Macam bidadari. Saya tak pernah nampak ada perempuan yang lagi cantik daripada awak. Berpeluh-peluh dibuatnya. Tak sempat nak jawab salam awak pun terus masuk ke bilik awak. Saya jadi tergamam tak tau nak cakap apa. Yang adik awak kat sebelah dah gelak-gelak kan saya sebab nampak muka saya dah merah.

Sempat saya tanya nama awak, tapi nak saya tulis ke kat sini? Saya rasa tak payah lah kot. Itu lah detik pertama kita berkenalan. Saya takkan lupa saat-saat istimewa dalam hidup saya ini. Malam itu saya terus tak boleh tidur. Muka awak tu tak boleh hilang daripada pandangan saya. Buatkan saya berfikir-fikir dan tak tenteram.

Saya ingat betapa ayunya muka awak. Betapa cantiknya senyuman awak. Betapa manisnya bibir awak. Bulu mata awak yang melentik itu memang asli dan tak perlu dibuat-buat. Pipi awak yang comel dan merah-merah itu buatkan ramai orang mesti tak boleh tidur malam yang mana dah pernah jumpa awak.

Malam itu saya tidur dalam keadaan yang sangat-sangat gembira. Kegembiraan itu langsung saya tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Saya tak sabar nak tunggu hari esok. Harapan saya cuma dapat duduk berbual dan berkenalan lebih rapat dengan awak itu dah lebih daripada baik.

Tidur tak lena, mandi tak basah

Pagi itu saya bangun lebih awal. Selalu kalau kat rumah sendiri saya kerap terlajak subuh, kira subuh gajah lah. Tapi pagi itu saya bangun sebelum orang azan lagi. Haha. Punya lah semangat. Last-last lepas solat saya tertidur balik. Saya tersedar pun dalam pukul 8 pagi macam itu lah. Adik awak kejutkan saya bangun. Dia suruh saya mandi. Pintu bilik air itu betul-betul sebelah bilik awak. Saya curi-curi dengar kot-kot awak dah bangun ke belum tapi senyap je.

Saya pun mandi dan gosok gigi. Mandi pagi itu memang saya bubuh sabun banyak-banyak supaya wangi sebab saya tak bawa deodoran dengan minyak atar yang saya selalu pakai. Beli minyak atar je la awak mana mampu nak beli minyak wangi mahal-mahal. Nama pun budak sekolah tingkatan 4. Beli minyak atar pun minta duit dengan mama. Kikiki.

Dah siap pakai baju, saya turun lah bawah. Adik awak cakap sarapan dah siap. Saya pun memang perut dah lapar apa lagi, cepat-cepat saya turun. Tengah saya turun tangga itu saya tercium bau masakan yang sedap gila. Saya cakap dalam hati, sedap betul bau masakan yang pembantu rumah awak masak.

Sampai je kat dapur saya nampak awak dengan pembantu rumah tengah masak. La, awak dah bangun lagi awal rupanya. Hehe. Saya ingatkan awak tengah tidur lagi. Patut la bau masakan tu sedap sangat. Ni mesti awak yang masakkan? Eleh, tak payah nak pura-pura bukan awak yang masaklah. Sebab tengok pun dah nampak sedap dah nasi goreng kampung itu.

Kenangan yang takkan dilupakan

Tersipu-sipu malu saya bila makan berdepan dengan awak. Walaupun awak cuma pakai sweater je, tapi saya tengok awak tetap nampak comel. Sambil makan sambil awak selak rambut awak yang mengurai tu. Waduh, lagi lah buat saya jatuh hati. Pelan-pelan awak makan dengan penuh selera. Saya?

Saya tengok awak pun saya dah kenyang dah awak. Saya ini jenis kuat makan tau tapi kali ini saya tak makan banyak. Malu lah saya nak makan banyak-banyak depan awak. Buat kantoi saya je nanti. Mana saya nak letak muka saya kan kalau awak tengok saya makan jenis pelahap. Hehehe.

Lepas siap makan, saya pun tolong basuh pinggan kat dapur. Mama saya selalu pesan, bila kita pergi rumah orang, lepas makan kita kena basuh pinggan kat rumah orang tu. Bukan pinggan kita seorang je, semua pinggan dan periuk kuali yang kotor tu kita kena basuh. Itu salah satu cara nak menghormati orang dah bagi kita tinggal kat rumah dia.

Macam biasalah awak berkeras taknak saya buat, awak kata ini kerja orang perempuan. Saya cakap biarlah saya yang buat. Last-last kita basuh pinggan sama-sama. Ya Allah, saya tak boleh bayangkan momen yang berlaku time tu. Saya rasa gembira sangat-sangat padahal basuh pinggan je pun. Tapi sebab saya basuh pinggan sebelah awak, macam mana saya nak lupakan saat-saat itu. Betul tak?

Kisah klasik untuk masa depan

Awak saya ceritakan semua ini balik bukan sebab saya nak ungkit kisah silam ya. Awak jangan salah faham. Saya cuma cerita satu timeline masa yang pernah jadi dalam hidup saya. Satu fasa yang mana saya pernah melalui perasaan mencintai seseorang itu walaupun saya tak tau sama ada cinta saya itu disambut atau tak. Ini kisah 14 tahun lepas. Sekarang pun dah tahun 2020. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri.

Saya bahagia dengan isteri dan anak-anak saya. Awak pula bahagia dengan suami dan anak-anak awak juga. Dengar-dengar awak baru sahaja menimang cahaya mata kedua. Tahniah saya ucapkan. Semoga dengan kehadiran orang baru akan memberi kebahagiaan buat awak dan keluarga awak sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.

Saya bersyukur pernah kenal awak. Sekurang-kurangnya ada cerita yang saya nak karang hari ini. Mungkin awak pun dah tak ingat semua ini tapi percayalah saya ingat setiap apa yang berlaku waktu ketika itu. Mencintai itu tak semestinya memiliki. Allah SWT itu sebaik-baik perancang. Andai satu hari nanti ditakdirkan kita berjumpa lagi, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab pernah jadi sebahagian dalam kisah hidup saya.

Saya doakan semoga awak berjaya capai apa sahaja impian yang awak nak capai. Yelah umur kita pun dah masuk 30-an. Sekarang bukan masa lagi nak fikirkan tentang diri sendiri. Sekarang adalah masa untuk kita fikirkan apa yang akan kita tinggalkan untuk anak-anak bila kita dah meninggal dunia nanti. Semoga mereka membesar jadi anak-anak yang soleh solehah yang mendoakan kita di alam kubur insha Allah.

Amin ya rabb..

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge