HUBUNGAN SEDARAH SEDAGING

Hubungan-sedarah

Air dicincang tidak akan putus. Itulah perumpamaan yang boleh diibaratkan bagi setiap perhubungan antara sesama adik beradik. Dilahirkan dalam keluarga yang harmoni dan bahagia menjadikan ikatan itu tambah lebih erat. Membesar bersama-sama, bermain bersama-sama daripada kecil hinggalah meningkat dewasa.

Kasih sayang yang terbina menjadikan hubungan itu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Tidak kira walau di mana berada, pasti akan bertanya khabar dan mengambil berat dalam setiap hal. Apalah ertinya jika hubungan itu tidak disemai dan dibajai dengan cinta yang utuh sedangkan sedarah sedaging.

SELESAIKAN MASALAH DENGAN PENUH HEMAH

Namun pasti ada waktu perselisihan dan pertelingkahan berlaku disebabkan tiada persefahaman dalam satu-satu perkara. Itu terjadi kerana kehidupan dan pengalaman yang di lalui kadang kala berbeza-beza dan berlainan cerita. Menegakkan pendapat masing-masing dalam menyelesaikan masalah yang timbul.

Sentiasa berbincang dengan penuh matang dan hormat pada keputusan majoriti yang berpihak pada sesiapa yang lebih arif. Pastinya tiada siapa mahukan ianya berlarutan dan terus menerus menemui jalan buntu. Jika kata sepakat sudah diputus maka daripada situlah keputusan yang baik untuk semua.

BANTU MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN

Pada saat-saat yang kritikal, salah seorang sedang mengalami ujian yang membelenggu dan membelit, tidak dapat bertemu jalan keluar. Berulang-ulang kali cuba bangkit daripada dugaan berat yang menyesakkan. Satu-satu datang menimpa bertubi-tubi hinggakan dunia terasa gelap, kosong serta musnah masa depan.

Maka berikanlah bantuan yang sewajarnya. Jangan pernah tergerak hati membiarkan salah-seorang terus tenggelam dan hanyut dibawa arus kehidupan yang penuh onak dan duri. Kedepan tidak tahu apa pula yang bakal berlaku pada diri sendiri. Adakah selamanya cerita akan indah atau masa itu roda berputar kebahagian bawah. Minta dijauhkan.

SETIA HINGGA HUJUNG NYAWA

Mohonlah perlindungan pada yang Maha Esa agar sentiasa diberikan kekuatan dalam menempuhi segala ujian, dugaan dan cabaran yang datang tanpa disangka-sangka. Kebergantungan dan meletakkan harapan penuh pada Allah SWT agar dijauhkan bencana dan malapetaka yang berat dan menggusarkan.

Semoga ikatan darah itu terus terjalin sehingga hujung nyawa. Andai satu masa nanti tiba di puncak kejayaan, maka berikanlah bimbingan agar sama-sama bisa mengubah kehidupan kearah yang lebih baik. Saling bantu-membantu dalam menambah nilai pada kehidupan orang lain agar satu hari nanti Allah SWT permudahkan pula kehidupan kita semua.

Amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge