Hubungan terlarang kekasih gelap

musnah-segala-harapan

Awak, saya rasa kita kena stop lah percintaan kita ini. Saya dah tak boleh nak sorokkan lagi daripada isteri saya. Setiap kali bila saya jumpa awak, mesti saya rasa serba salah. Awak tau kan saya sayang isteri saya, saya sayang anak-anak saya.

Saya taknak sebab saya ada hubungan dengan awak, tanggung jawab saya ke dorang tu jadi terabai. Sedangkan saya sebelum ini susah ke senang ke dorang selalu ada dengan saya. Tak pernah tinggalkan saya.

Saya bukannya tak sayang awak, saya sayang awak sangat-sangat. Tapi saya nak buat macam mana. Isteri saya tak bagi kahwin 2. Kalau boleh saya memang dah lama ajak awak kahwin.

Isteri saya suruh saya tinggalkan dia, barulah saya boleh kahwin dengan awak. Saya tak boleh buat macam tu. Dorang adalah segala-galanya untuk saya. Tak mungkin saya sanggup nak buat macam tu.

Bukan mudah untuk memutuskan

Saya tau saya ini lelaki. Keputusan semua atas tangan saya. Even saya boleh je nak nikah dengan awak senyap-senyap tak nak isteri saya tau. Tapi apalah gunanya pernikahan kita ini nanti andai setiap masa saya nak kena sentiasa berhati-hati supaya isteri saya tak tau.

Mungkin kita akan best sekejap je, lama-lama mesti akan kantoi juga. Saya tak boleh bayangkan kalau isteri saya dapat tau masa tu nanti. Mesti kecewa gila dia dengan saya.

Awak, bukan saya cakap awak tak baik. Bukan saya tak cintakan awak. Saya tak bermaksud macam tu. Ye saya tau awak cantik, awak hebat, awak memang idaman semua lelaki kat luar sana. Saya pun mulanya agak terkejut kenapa awak boleh pilih saya.

Sedangkan saya ini suami orang. Tapi awak kata awak tertarik dengan sikap saya yang sentiasa ambil berat tentang awak. Itu dah semestinya, sebelum ini kan kita kawan baik. Mesti lah saya kena selalu ambil berat pasal awak.

Ramai lagi pilihan yang lain

Tapi tak sangka pula lama-lama kita boleh jatuh cinta ya. Betul lah kata orang, kalau lelaki dengan perempuan ini tak boleh berdua-duaan. Mesti salah seorang akan jatuh hati. Dalam kes kita ini, kita berdua sesama jatuh hati. Siapa yang tak jatuh hati dengan awak.

Dah lah cantik, rambut panjang, body awak pun just nice disebabkan awak ini dulu atlet sukan gimnastik. Dah la tu, selalu pergi gym pula tu. Saya pun selesa dengan awak sebab saya pun memang atlet sukan bina badan.

Awak, awak dengar tak ini. Ala, janganlah macam ini. Saya tak suka lah bila awak buat muka sedih. Saya jadi kesian pula kat awak. Saya terpaksa lah awak. Awak pergilah cari lelaki yang lain ya. Saya dah tak boleh nak bersama dengan awak lagi dah.

Betul saya tak tipu. Awak duk suruh saya pergi pujuk isteri saya. Apa kata macam ini je lah. Cuba awak sendiri yang pergi cakap dengan wife saya tu. Cuba awak minta izin dengan dia nak jadi isteri kedua. Kalau dia bagi, alhamdulillah. Kalau dia tak bagi saya memang tak tau nak buat apa dah.

Biar takdir yang menentukan

Awak kena dengar cakap parents awak. Awak kena dengar cakap kawan-kawan awak. Dorang semua dah banyak kali dah pesan kat awak supaya lepaskan saya dan cari orang lain. Saya pun bagitau perkara yang sama. Awak, saya merayu sangat-sangat ini kat awak.

Kalau awak betul sayangkan saya, awak tolonglah lah pergi cari lelaki lain yang boleh jaga awak lagi baik daripada saya jaga awak selama ini. Ada ramai lagi lelaki yang sememangnya lagi hebat dan lagi sesuai untuk perempuan yang cantik macam awak ini.

Apa saja kesalahan yang saya dah buat kat awak selama kita bercinta, saya harap awak maafkan ya. Andai ada saya terambil barang awak ke, saya pulangkan balik nanti. Saya harap awak boleh faham situasi yang saya tengah hadapi sekarang ini. Sehari dua ini saya cuba pujuk lagi isteri saya.

Tapi awak jangan mengharapkan apa-apa daripada saya. Andai kata dia setuju, hujung bulan ini juga kita kahwin. Saya memang takkan biar lama-lama dah sebab saya pun memang sayangkan awak juga. Tapi kalau tak boleh juga, saya tak tau nak cakap apa lagi.

Doakan yang terbaik untuk hubungan kita ya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge