• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Sabrijati

  • Home
  • AKU SABRIJATI
  • ARKIB ARTIKEL
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Uncategorized / HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI

HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI

17 March 2019 by sabrijati Leave a Comment

Aku memang nekad untuk berhijrah ke Thailand. Apa jadi sekalipun aku akan kesana mencari pendapatan buat keluarga. Biarpun terpaksa meninggalkan ibu ku bersama adik yang masih kecil. Aku perlukan perubahan.

Keputusan untuk tinggalkan ibu memang sangat berat bagiku. Apa lagi keadaan ibu yang sudah uzur. Namun disebabkan peluang hanya datang sekali, aku tak boleh lepaskan begitu sahaja.

PULANGAN BERBALOI

Tawaran lumayan sebagai jurukamera profesional di sebuah syarikat telah membuatkan aku kelabu mata. Bukan tiada peluang di tanah air sendiri, namun kecewa dengan sikap sesetengah syarikat yang hanya pentingkan diri.

3 bulan pertama aku bekerja di negara Gajah Putih, aku rasakan semuanya seperti yang dirancang. Aku mendapat skop kerja yang sangat tersusun dan boleh tahan mewah juga. Aku suka dengan suasana kerja yang sangat produktif di sini.

HILANG JIWA

Namun lama kelamaan, aku mula merasakan sesuatu yang kosong didalam hati. Aku memang hidup selesa disini, tapi bagaimana dengan kehidupan ibu dan adik yang aku tinggalkan di kampung.

Aku adalah satu-satunya anak yang boleh membantu dikala beliau kini uzur. Apalah sangat yang boleh diharap oleh adikku yang kini sedang bergelut dengan peperiksaan PT3 nya. Dia juga perlu fokus dengan persekolahan.

TAK TERSANGKA

Perkara yang tidak diduga telah terjadi. Seperti satu tamparan hebat yang aku rasakan bila aku sedang bekerja, adikku telah menelefon dan memberitahu yang ibu telah jatuh di bilik air.

Hatiku terus merasakan suatu perasan yang sangat terkejut. Aku kaget. Tidak tahu apa yang harus ku lakukan. Aku menyuruh adikku meminta bantuan dengan orang kampung untuk menghantar ibu ke hospital.

JIWA KACAU

Dengan pantas, aku menempah penerbangan dan terus pulang ke tanah air serta merta. Aku menaiki grab dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur terus menuju ke kampung di Sabak Bernam. Di sepanjang perjalanan aku berdoa agar ibu ku baik-baik sahaja.

Setibanya di hospital adikku memberitahu ibu mengalami kecedaraan ringan di kepala. Doktor memberitahu yang ibu cuma mengalami luka kecil sahaja. Tiada perkara yang serius terjadi cuma ibuku perlu dipantau dengan rapi setiap hari.

PELUANG SEMULA

Ibu sudah lanjut usia. Jadi setiap pergerakannya haruslah ada yang membantu dan tentu sahaja beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja berat. Aku memandang tepat ke arah adikku. Aku tidak boleh menyalahkan beliau.

Lalu aku ambil keputusan untuk kembali menetap di Malaysia. Ibu juga telah sedarkan diri dan pulang ke rumah semula. Aku katakan pada ibu, aku tidak akan sekali-sekali meninggalkan beliau lagi. Sepatutnya selepas kehilangan ayah, akulah ketua yang menjaga keluarga.

SYUKURI HIKMAH

Kini aku diberi peluang kedua oleh Allah SWT untuk menabur bakti dan jasa buat ibuku. Alhamdulillah aku sekarang sudah mula berniaga. Aku rasakan peluang berniaga lebih baik daripada sebelum ini.

Betul perniagaan ada naik turunnya, namun keberkatan rezeki itu paling utama yang perlu dicari. Syukur aku bukan sahaja mampu membiyai persekolahan adik dan membeli barangan rumah, aku kini bisa memberi perhatian sepenuhnya kepada syurgaku.

Ibu, kaulah segalanya.

Artikel menarik untuk anda:

INGAT SENANG

INGAT SENANG

Jol sememangnya boleh digelar seorang yang berjaya di syarikat tempat beliau bekerja. Jawatan beliau sebagai seorang pengurus di sebuat syarikat terkemuka Taiwan…... Baca selanjutnya »

DAMAILAH DISANA

DAMAILAH DISANA

Rasa seperti baru semalam saja aku berbicara dengan mu sahabat. Senyuman dan gurauan yang kau lemparkan sungguh membuatkan duniaku seakan menari-nari diatas…... Baca selanjutnya »

RINDUKU PADA SUAMI TIDAK TERUNGKAP

RINDUKU PADA SUAMI TIDAK TERUNGKAP

Aku seorang suri rumah sepenuh masa. Suami lah yang menanggung segala nafkah dan perbelanjaan kami sekeluarga. Bagi suami, semua itu telah ditunaikan…... Baca selanjutnya »

SAYA TAHU AWAK PENAT

SAYA TAHU AWAK PENAT

Aku genggam erat tangan isteri yang sedang tidur. Kesian aku melihat wajah beliau yang penat bekerja siang dan malam membantu ku mencari…... Baca selanjutnya »

FIGURA BRIE LARSON

FIGURA BRIE LARSON

Lega rasanya semalam lepas closing sale. Selesai sahaja terus abang balik rumah dan ajak wife dengan anak-anak jalan. Kami pun bercadang nak…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT
Next Post: TERGAMAK NYA KAU »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • MENERIMA KETIKA MANA YAKIN DENGAN MEMBERI
  • PERGI TIDAK DIMINTA, HADIR TIDAK DIDUGA
  • REALITI MELAWAN FANTASI
  • HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
  • MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Recent Comments

  • sabrijati on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Juhaini on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Kerja Sendiri on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on MANA ANAK AKU

Archives

  • November 2019
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Uncategorized

Copyright © 2019 Sabrijati on the Foodie Pro Theme