Hujan yang segar memberikan seribu satu pengajaran

hujan-buatkan-berfikir

Dah beberapa hari, sejak kena duduk rumah ini kerap juga lah hujan tapi tak berapa nak lebat sangat. Hujan sekejap lepas itu tak lama berhenti balik. Panas balik cuaca.

Cuma hari ini memang mendung daripada tengah hari, petang macam itu hujan turun selebat-lebatnya. Cuaca memang gelap macam dah nak malam padahal jam baru pukul 4 petang.

Menghilangkan sedikit lelah

Aku pun bangun daripada duduk, nak legakan sikit badan sebab penat menyandar tengok tv daripada tadi. Kebetulan sekarang ini siaran filem tengah percuma tak perlu nak bayar.

Pagi sampai ke malam layan movie je lah kerja aku. Kena pula aku ini memang jenis suka tengok wayang. Cuma kali ini tak boleh keluar rumah, so tengok wayang kat rumah je lah.

Perasaan puas yang mendamaikan

Aku selak langsir sampai ke hujung biar terbuka luas, aku tolak cermin kaca kedepan sampai habis. Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku biarkan udara hujan yang tengah lebat itu aku hirup sepuasnya.

Memang lega bila dapat bau air hujan ini. Rasa segar betul tak tau nak ceritakan macam mana. Seolah-olah ada haruman yang buatkan hati sesiapa saja yang tengah gelisah terus jadi tenang.

Rahsia alam semulajadi

Itulah keindahan alam ciptaan Tuhan, takde siapa hamba yang boleh sangkal kekuasaanNya. Ada banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita setiap hari sama ada sedar ataupun tak.

Sebagai manusia biasa, kita sepatutnya kena sentiasa rasa bersyukur dengan segala pemberian dari Yang Maha Esa. Nikmat udara pun rezeki tak terhingga yang Allah SWT bagi.

Syukuri pemberian yang telah diberi

Semua ini kita akan nampak bila kita sentiasa menghargai apa saja yang kita dah peroleh. Jangan semata-mata melihat pada perkara yang kita belum dapat lagi.

Sedangkan setiap hari, tak terhitung banyaknya rahmat yang Tuhan dah bagi. Waktu hujan turun adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa bagi setiap hambaNya.

Berdoalah supaya diampunkan dosa, dipermudahkan urusan selalu dan diberi keberkatan hidup dunia dan di akhirat. Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge