29 tahun yang lepas, keluarnya aku dari dalam perut mama ke alam nyata yang sungguh indah ni. Lahir pada subuh ahad, tepat jam 5.16 pagi, serta merta aku melihat syurga ku yang satu. 57 del kesakitan yang perlu mama tanggung ibarat 20 tulang dipatahkan serentak. Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya saat itu.
Berada dalam kandungan selama lebih kurang 280 hari, tentunya pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Aku disambut dengan tangisan kegembiraan oleh mama papa. Hadirnya aku ke dunia adalah pelengkap bagi kehidupan pasangan bahagia. Beruntungnya aku menjadi anak mama dan papa.
SENTIASA BERIKAN YANG TERBAIK
Dibesarkan dalam keadaan sederhana dan penuh kasih sayang, aku dibelai bagai menatang minyak yang penuh. Apa sahaja kemahuanku sejak dari kecil pasti akan mama turuti. Walaupun kadang kala agak melampau dan sedikit berlebihan, namun mama sentiasa sabar melayan karenah dan tingkah laku manja ku.
Tidak pernah sekalipun mama merungut dan merengus segala permintaanku. Bila sudah dewasa dan sudah punya anak, aku mulai sedar perbuatanku dulu sungguh menjengkelkan sebenarnya. Namun demi memberikan yang terbaik untukku, mama turuti saja apa yang aku inginkan. Maafkan Abie ye mama.
KADANG SEDIKIT NAKAL
Aku menyedari sikap dan perangaiku sama seperti kanak-kanak yang lain. Manja tapi tidaklah terlalu pentingkan diri, nakal tapi tidaklah terlalu jahat sampai perlu digari. Aku melalui fasa-fasa kedewasaan itu sedikit demi sedikit hingga menjadikan aku seperti yang sekarang ini.
Aku sentiasa berusaha menjadi anak yang terbaik. Nama keluarga tidak pernah sekali-kali aku permainkan. Maruah sebagai anak seorang peniaga, sentiasa tersemat kemas dalam diri. Aku percaya manusia itu dinilai atas prinsip dan pegangan yang dibawa. Dimana bumi itu dipijak, disitu juga langit dijunjung.
TEKAD DEMI MENGUBAH HIDUP
Mama, Abie nak mama tahu yang Abie akan sentiasa buat yang terbaik demi keluarga kita. Apa sahaja yang Abie lakukan, tak pernah walau sekalipun Abie ketepikan mama dan papa. Walau kadang Abie ini sedikit degil dan keras kepala, tapi Abie sentiasa letakkan mama dan papa nombor satu dalam segala perkara.
Abie berjanji, satu hari nanti pasti abie akan berjaya seperti orang lain. Abie akan berusaha bersungguh-sungguh demi membahagiakan mama dan papa. Abie cuma minta satu je daripada mama. Maafkan segala kesalahan yang pernah abie lakukan selama ini, dan sentiasa doakan urusan abie dipermudahkan di dunia dan akhirat.
Abie sayangkan mama dan papa.
Artikel menarik untuk anda:
HAPPY FATHER’S DAY PAPA
Papa.. Papa ingat lagikan masa Abie kecil-kecil dulu, papa bawa Abie pergi Singapura pergi rumah Ongah. Masa itu umur Abie baru 5…... Baca selanjutnya »
PENGORBANAN BUAT ANAK YANG TERSAYANG
Perkahwinan merupakan ikatan suci dua insan yang telah berjanji bersumpah setia hingga ke hujung hayat mereka. Saling sayang menyayangi antara satu sama…... Baca selanjutnya »
SERONOKNYA BERMAIN AIR
Sabri memang suka aktiviti bermain dengan air. Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, bila hujan je mesti Sabri akan rasa teruja. Kalau tengah…... Baca selanjutnya »
PELAN JANGKA PANJANG
Suasana berniaga yang aku lalui sekarang ini memang berbeza dengan apa yang pernah aku hadapi sebelum-sebelum ini. Ikutkan lepas habis sekolah memang…... Baca selanjutnya »
ANTARA KAU DAN AKU
Kejayaan bukan datang sekelip mata. Sentiasa ada masalah yang harus diatasi. Harus gagal berkali-kali barulah kau akan jumpa cara penyelasaiannya. Setiap kali…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions