Ibu, kenapa semua kawan-kawan taknak main dengan adik. Masa dekat sekolah waktu bermain, mereka akan berkumpul dengan kawan-kawan mereka saja. Tak ajak pun adik main sekali. Adik pun nak ikut main sama-sama juga. Mana adil mereka tinggalkan adik keseorangan dalam kelas. Sedih nya adik diperlakukan sebegini.
Waktu tengah belajar, adik selalu diketawakan dalam kelas. Mereka kata adik lambat untuk terima apa yang cikgu ajar. Adik tahu lah yang adik lambat sikit faham, tapi tak perlu lah sampai nak hina adik macam tu sekali. Adik pun ada perasaan sama macam mereka juga. Pentingkan diri sendiri betul.
UJIAN TUHAN
Adik sedar adik ni taklah normal seperti mereka yang lain. Adik memang tahu, sejak lahir adik dah mengalami sakit syndrom down. Disebabkan itu perwatakan, pergerakan dan cara cakap tak sama dengan mereka. Tapi perasaan adik sikit pun mereka tak jaga. Ada yang mengkeji adik dan memanggil adik sebagai anak cacat.
Allahuakbar. Dalam hati adik hanya Tuhan sahaja yang tahu macam mana perasaan adik bila diri adik dihina, ibu juga mereka hina. Mereka mengatakan yang adik hanya menyusahkan banyak orang sebab adik tak pandai nak menguruskan diri adik apa lagi nak membantu orang lain.
SEDIHNYA RASA
Kawan-kawan, saya tak minta pun dilahirkan jadi begini. Janganlah kalian menghina saya sedemikian rupa. Ini ujian buat diri saya. Allah sayangkan saya dan ingin saya jadi anak yang baik. Saya tak buat salah pun dengan kalian semua. Andai ada yang rasa saya pernah mengguris hati siapa-siapa, saya minta maaf banyak-banyak.
Saya tiada niat pun untuk sakitkan hati sesiapa. Saya hanya mahu berkawan dengan anda semua. Janganlah biarkan saya main seorang diri. Saya juga ingin gembira seperti kanak-kanak yang lain. Tak kasihan kah kalian bila tengok saya main lego sorang-sorang dalam kelas. Mana hati dan perasaan kalian semua.
MAAFKAN ADIK
Ibu maafkan adik ya jika adik tak menjadi anak yang baik seperti yang ibu harapkan. Jika adik lahir ke dunia ini untuk menyusahkan ibu, adik minta maaf sangat-sangat. Sebab adik dah hancurkan harapan ibu yang ingin kan seorang anak yang normal sama seperti anak-anak yang lain.
Adik sentiasa berdoa supaya Allah kuatkan semangat ibu dalam menjaga adik yang tidak normal ini. Adik juga sentiasa berdoa supaya ibu dimasukkan ke syurga tanpa hisab sebab sangat sayangkan adik dan sabar menjaga adik. Adik sayangkan ibu sangat-sangat. Maafkan adik ya ibu.
Artikel menarik untuk anda:
APA SUDAH JADI
Pagi tadi saya terbaca tentang satu artikel di internet tentang cubaan seorang budak tingkatan 1 terjun dari bumbung sekolah. Memang terkejut bila…... Baca selanjutnya »
KITA SAHABAT KITA SAUDARA
Hari ini kami dibawa beriadah oleh pengurus pasukan jualan HM Syima Alamuddin dan boss Asyraf Fadzil bermain bowling di salah sebuah pusat…... Baca selanjutnya »
HADIAH BUAT CIKGU
Kerjaya sebagai seorang guru memang menjadi cita-citaku sejak kecil. Tiada perasaan yang boleh digambarkan apabila aku telah lulus dengan cemerlang dan dipilih…... Baca selanjutnya »
DEMI MASA
Ayahku bekerja sebagai seorang eksekutif korporat di salah sebuah syarikat gergasi di ibu kota manakala ibuku pula bekerja sebagai juruterbang di syarikat…... Baca selanjutnya »
AKU NAIK KAPAL
Aku turun satu persatu anak tangga yang berada didalam kapal. Sungguh aku tidak menyangka bahawa akhirnya aku akan belayar di dalam sebuah…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions