Aku nak rekomen kan satu tempat makan yang best kat area Lembah Klang. Entah apa nama area ni. Kejap aku dengar Kepong, kejap dengar kat Jinjang. Tapi memang area situ je lah.
Sebab apa aku nak sangat review tempat ini. Isteri aku suka sangat makan kat sini sebenarnya. Dia kan asal orang Sabah, so ada masa dia teringin nak makan makanan Sabah kat KL.
Jadi kitorang cari kat Facebook tempat jual makanan Sabah. Jumpa lah kitorang kedai ini. Nama kedai ini Ikan Bakar Semporna. Sempena nama salah satu daerah kat Sabah.
Nama makanan pelik tapi sedap
Okay ke makanan kat sini? Memang okay sangat lah cerita dia. Kalau tak takkan lah isteri aku asyik nak datang sini je makan. Walaupun jauh daripada Semenyih, sanggup kitorang datang.
Actually banyak kali dah kitorang makan kat sini, cuma kali ini baru tergerak nak cerita kan dalam entry. Macam-macam menu makanan Sabah boleh dapat kat kedai ini.
Ada makanan yang nama dia pelik pun ada macam inava, lato lain-lain lagi lah. Yang ramai orang suka makan dah tentu lah rumpai laut dia tu. Import direct Sabah katanya.
Datang dengan perut kosong
Aku paling suka makan kepak ayam dengan sotong bakar. Masa tengah tulis ni pun baru lepas kekenyangan makan ikan bakar bukan main besar lagi. Nama aku dah tak ingat dah.
Tips bila makan kat sini nasi jangan tambah. Banyakkan makan lauk baru puas hati dapat rasa semua. Kalau dah bertambah nasi memang dah tak lalu nak habiskan lauk yang ada.
Lepas tu jangan minum air manis lah. Better air suam ataupun air kosong. Bukan apa, bila dah makan macam-macam tu rasa cam tak puas kalau tak minum air kosong. Tu kalau aku la.
Confirm suka makan kat sini
Ada yang nak experience sendiri macam mana feel dia makan kat sini, boleh lah singgah je. Kalau nak datang boleh Waze je. Nanti mesti jumpa kedai. Kalau tak jumpa, contact aku. Nanti aku share location.
Sesiapa yang baru nak cuba memang aku galakkan sangat datang sini. Yang mana memang asal kampung dari Sabah, datang sini mesti terubat rindu kat kampung.
Hehe enjoyzzz. Bulih bah kalau kau.
Artikel menarik untuk anda:
MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN
Tekak terasa nak makan makanan Korea pula hari ini. Jadi aku dan isteri mula berfikir nak makan di mana ya. Tujuan asal…... Baca selanjutnya »
MEMBAZIR ITU MERUGIKAN
Rambang mata betul bila pergi ke Bazar Ramadhan. Macam-macam juadah berbuka puasa yang mahu dibeli. Maklum sangat bila perut sedang menahan lapar…... Baca selanjutnya »
GIOLA BARBERSHOP KEDAI GUNTING TERBAIK
Hari ini kita bawa abang Danish potong rambut. Tahun ini raya dekat Sabah. Rambut nak kena pendek sebab cuaca Sandakan biasanya agak…... Baca selanjutnya »
BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
Makan sampai lebam. Aku memang tak sangka sebenarnya memang betul-betul ada kedai yang menjual durian secara bufet ini. Apa yang pernah aku…... Baca selanjutnya »
FOOD VALET TEMPAT LEPAK TERBAIK DI BANGI
Lepas balik dari pejabat tadi, rasa nak lepak minum air dengan kawan. Nak hilangkan dahaga dan ambil udara segar lepas seharian bertungkus…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions